SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

05 Mei 2010

CERITA AKU-BAHAGIAN 3

Takala aku memasuki darjah satu ..keluarga ku berpindah ke tempat baru.. dimana tanah baru di terokai.. pokok -pokok balak.. dari sebesar betis hingga se pemelok di tebang.. pernah juga sekali aku mengikuti ayah ku ke kebun baru untuk melihat pokok besar di tebang... ayah ku.. meminta pertolongan rakan nya yamg sama-sama meneroka tanah hutan di situ... pakngah pok yeh.. pakngah malik.. tokwan nor... dan ramai lagi... aku pun tak ingat..yang aku ingat nama yang aku tulis tu semuanya dah arwah.. telah kembali kerahmatulah..(semuga roh mereka di tempatkan bersama org-org mukmin..aminn.).. bila ayah ku hendak menebang pokok se besar pemeluk.. aku suka sangat.... aku lari duduk jauh-jauh.. biasanya aku cari tempat tinggi.. atas pusu ke ..busut ke.. supaya aku dapat melihat dengan jelas.. ayah dan kawan mereka.. dari mula menebang hingga pokok tu tumbang.. sebelum menebang pokok tu..aku tengok mereka berempat menebas di pangkal pokok membersih kan kawasan banir pokok supaya senang semasa menebang dan lari ketika pokok hampir tumbang... aku duduk di atas busut..jauh juga dari pokok tu..aku tengok pakngah pokyeh mengelilingi pokok tersebut beberapa pusingan... kemudian dia menepuk-nepuk batang pokok tersebut.. sambil menunjuk ke arah matahari jatuh.. dia berkata sesuatu... aku tak dengar apa yang di cakapkan...kerana jarak aku dgn mereka agak jauh... bila semuanya sudah sedia... mereka berpecah 2..ayah ku dgn pakngh malik.. tok wan nor dgn pakngah pok yeh.. 2orang sebelah matahari naik.. 2orang sebelah matahari jatuh...aku melihat mereka mula gergaji disebelah kanan membentuk tga segi... dia orang panggil buat muka kayu.. dan bila selesai buat muka.. mereka mula menebang dari sebelah kanan iaitu sebelah belakang.. seorang tarik seorang sorong.. gergaji yang di gunakan masa tu ayah panggil "gergaji kesot"sekeping mata gergaji selebar 6 inci.. terdapat pemegang di kiri kanan mata gergaji sepanjang 10 kaki... bila mereka berdua penat giliran di ambil oleh yang 2 orang lagi... bila mata gergaji sedah memasuki separuh batang pokok.. berbunyi meletup-letup... menandakan pokok tersebut hampir tumbang.. sorong tarik semakin laju.. prappp..pappp...prapp.. bunyi semakin kerap.. aku lihat pokok tu bergoyang-goyang.. dan menuju ke satu arah... bila pokok tu mula condong... aku lihat ayah dan rakan nya memulakan langkah seribu menyelamatkan diri... dan pokok sepemeluk rebah menyembah bumi... dari tempat aku berdiri aku lihat... batang pokok tu menimpa pokok sekeliling... di mana berpulu batang pokok yang kecil-kecil.. menyembah bumi bersama titisan peluh peneroka tanah hutan.. demi sesuap nasi kami sekeluarga..... Ayah membina rumah kotak di dalam cerang yang baru kami terokai... rumah di bina dari pokok kayu sebesar betis sebagai tiang.. kayu sebesar lengan di buat rangka dan alang rumah... atap dari pokok kor.. di anyam menjadi atap... biasanya atap di anyam oleh mak aku.. pada sebelah petang... ketika tu la aku bermain dengan rakan ku.. anak rakan ayahku tadi... saupi.. nama sebenarnya wan karim bin malik anak paknga malik.. sekarang bertugas sebagai juruteknik di uitm jengka.. kak long aku. dan kakak saupi.. kami main pertandingan kutip lada.. siapa kutip banyak... mak bagi hadiah 10sen.. bila malam aku tak dapat tidor panas satu badan terkena lada yang kami kutip.... balik ke cerita rumah ku...atap daun kor.. dinding dan lantai di buat dari kulit kayu balak yang ayah ku tebang tadi.. ayah sepat kuli kayu balak.. kemudian di sepit sebagai dinding... dan itulah mahligai yang dapat.. meneduh kami dari hujan... bila aku mula bersekolah... ayah menghantar aku ke sekolah bersama basikal tuanya.. melalui jalan tanah merah... bila kemarau berdebu.. bila hujan lecak tak usah cerita la.... selut merah lepas atas kepala... tapi yang sedih nya semasa darjah satu... aku kesekolah tak pakai kasut........(bersambung)

7 ulasan:

makcik.shima berkata...

bagusnya buat rumah sendiri...

mohdandmeriam berkata...

salam li.. seronok baca cerita tentang kepayahan n keseronokkan kita mula2 menjadi peneroka..betapa susahnya hidup masa tu..tetapi mereka ni sangat gigih berusaha sehingga hutan tebal berjaya ditebang tebas licin jadinya..itulah kehebatan peneroka dulu2 yg hanya bergantung kepada daya usaha yg kental n alat2 yg tak canggih...

zulkbo berkata...

salam abeli
hebat pengalaman aok ni
kutip lada..koi dulu pun sama
dalam ladang sawit bercambah
main kutip jer..tak macam ler ni..
orang tua2 byk pantang larang baik dalam menebang pokok..tu yang siap mintak izin..

rumahkuning berkata...

lama tak bertandang umah abeli. terus dpt baca ketiga2 bahagian kisah abeli.

melorjaafar berkata...

salam Li mama ni..khidupan ini kalau didahulu dg kesukaran kmudianya disudahi dg kejayaan.orang2 pernah berasa susah bila dia senang dia tidak ego.contoknya diri li sendiri .sokmo senyum tak kira pada siapa...

日月神教-任我行 berkata...

無碼 a片 A漫 h漫 麗的色遊戲 AV女優 SEX 聊天室 成人 做愛 情色文學 情色 成人影片 成人文章 性愛 情色網 免費影片 免費a片 偷拍 SEX AV a片免費看 一葉情貼圖片區 色情漫畫 a片 AV女優 成人 做愛 色情網站 情色 視訊聊天室 免費視訊聊天 免費a片 女優 免費影片 偷拍 美女 自拍 成人聊天室 AV 一葉情貼圖片區 a片 A漫 h漫 麗的色遊戲 AV女優 85cc免費影片 ut聊天室 聊天室 成人 做愛 18成人 A片下載 成人漫畫 性愛 亂倫 免費影片 免費a片 偷拍 走光

sherlina halim berkata...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini