SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

30 Januari 2010

TAKLIMAT TEAMING WITH PASSION/BROADBAND/OTCS

Assalammualaikom
Pengunjung blog abeli yang di hormati.
semuga semuanya di lindungi allah selalu..pada hari Rabu
27.01.2010 2hari yang lepas. abeli telah menerima email dari pengurusan TM. En.Kamarudin mohd ghani yang bertajuk
TAKLIMAT TEAMING WITH PASSION/BROADBAND/OTCS.
apabila di baca isi kandungan email tersebut Abeli tersenyum lebar sampai kepipi.. waa.. kalau macam ni cukup bagus... nak tau tak kenapa... bila abeli baca lagi email tersebut.. terdapat senarai anggota yang terlibat di wajib kan hadir dalam taklimat tersebut.. terdapat 70 anggota yang terlibat di zone pahang barat.. bila teliti betul-betul.. terdapat 4 anggota dari 8 anggota yang bertugas di Pemancar RTM Bukit Istana.. salah saorang darinya adalah Abeli tersenarai..semakin lebar senyum abeli.. kalau la awek tengok masa tu emboh tergoda...Taklimat bermula pukul 230 ptg di mulakan nyanyian lagu negaraku dan lagu TM kristal kita.. penyampai taklimat tersebut ialah Dato Wan Danial selaku pengurus besarTM Pahang.. panjang lebar lah Dato Wan Danial meyampai kan taklimat. Yang lain lain tu biasa je tentang kerja bila tiba part Dato Wan Danial mengumum kan" TM dengan berbesar hati mengumumkan
"PELANCARAN STREAMYX NOTEBOOK STAFFPACK "
bermula 25 january 2010. Dgn hanya menambah rm10 bagi pakage 36 bulan.
Setiap anggota TM dan anggota anak syarikat TM akan di beri 3 TALIAN STREAMYX DGN PENDAFTARAN PERCUMA (RM80), ACTIVATE FEE PERCUMA (RM75) WIFI MODEM liftime warranty.. STREAMYX ZONE ID.PERCUMA.. selain dari yang tersebut tadi PERCUMA yang paling menariknya setiap satu talian di pasang di beri satu NOTE BOOK DELIVARY (RM1500)percuma.. 3 talian 3 note book... pakage paling minima dgn kelajuan 1mbps 1-3 tahun rm76. kalau tambah rm30 pada permulaan pendaftaran dapat satu broadband celcom... tapi tertakluk pada terma dan syarat.. Abeli garu kepala.."alamak.. rugi la abeli dah pasang kat rumah streamyx.. dgn pakae staff rm40.. kena tambah rm36 dapat NOTEBOOK sebuah.. ada lagi 2 talian... .... Taklimat habis kul 6 ptg.. Balik je kerumah Abeli cerita serba ringkas kat org dapor abeli..MAMA DANISYA " waa ni cukup bagus "" Kebetulan malam tu mama danisya kerja malam .. entah apa yang di cerita kan pada staff wad 4 hospital jerantut.. kul 10 mlm tu abeli terima 5 panggilan hp dari geng MISI mama danisya .. semuanya cakap macam ni kat abeli... "Abeli.... bagi la saya satu talian streamyx tu... daftar atas nama abeli.. nanti saya bagi la duit kopi"... aduss... nak daftar streamyx pun nak kene RASUAH ke... mati aku kena attack kat SPRM kan... mampus... macam mana la kita nak jadi bangsa yang bermaruah di muliakan dan di hormati... Tolong la teman blogger... panass...panas....

27 Januari 2010

TRADISIONAL DI PERTAHANKAN..

PERSATUAN GENDANG SILAT PESAKA GAYONG
DAERAH BERA. NEGERI PAHANG
Assalamualaikom
sahabat blongger yang sudi menjengok
blog Abeli yang "jangan ke tidok" ni.
baru-baru ni abeli sekali lagi di beri kepercayaan
untuk membuat rakaman video majlis perkahwinan
di rumah abg jak di Taman LKNP jerantut..
dalam susana meriah majlis tersebut
abeli tertarik dgn satu persembahan gendang
yang di jemput khas oleh Abg jak
dari Triang ia itukumpulan
"Persatuan Gendang silat pesaka gayong Daerah Bera"
Bera terletak dalam daerah Triang
di mana terdapat satu gugusan felda.. Abeli tak ingat kesemua nama felda tu.. tapi abeli pernah kesemua felda tu untuk kerja-kerja TM.. semasa abeli masih bertugas di Termerloh sekitar tahun 2004-2007.
felda Kumai. Mayam.Purun.Tementi.Sebertak. Bandar32.
Ke semua tempat tu di panggil FELDA GUGUSAN BERA.
Yang abeli respek kat penduduk disini mereka masih lagi mempertahan kan
permainan alat tradisional. dan mngumpul berapa ramai belia menyertai pasukan ini. jadi kita sebagai satu bangsa yang masih kuat dgn adat tradisi.. walaupun tidak terlibat secara langsung. sekurang-kurangya memberi sokongan moral.. berbagai-bagai lagu di dengdangkan oleh kump ini.dari lagu joget tradisional hinggakan ke lagu bollywood.. menarik kan... sekiranya belia kita menanam kan semangat cintakan warisan bangsa.seni tradisional ini tidak kan pupus di telan zaman...
PAK TEH GHAFAR
dari jerantut
sedang mengalunkan
irama tiupan serunai
diiringi paluan gendang.

20 Januari 2010

MASIH ADA MANUSIA SEKEJAM INI...."HATI KERING"

Assalamualaikom.....
Teman bloger yang di hormati..
Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian.. sibuk dgn gambar pengantin yang tak siap-siap lagi.. sempat juga abeli buka email TM.. abeli.. dlm banyak email yang abeli terima dari kakitangan TM.. ada terselit satu email dari staff Tranmission Kuala Lumpur.. email tersebut tak ada apa-apa keterangan atau catitan.. cuma tajuk "HATI KERING" dan. gambar sahaja... bila abeli tengok gambar pertama.. puh.. cantik sungguh dgn pemandangan satu banjaran gunung yang menghijau dan di selaputi awan yang menarik... bila abeli tengok gambar yang ke 2.. terdapat seorang pengembara menaiki motosikal merentasi banjaran yang menghijau.. terasa seronok jika abeli dapat mengembara ketempat tersebut... gambar ke 3.. terdapat orang ramai mengerumuni.. pengembara tersebut...gambar 5.. kelihatan kawanan burung hering berterbangan menuju kearah kumpulan manusia yang megerumuni pengembara tersebut... gambar 6..gambar 7 ..dan seterusnya.. teman blogger...tengok la sendiri... Abeli tak sanggup..atau tak reti nak terangkan.. tengok ye.. jangan tak tengok.... masih ada lagi manusia yang tak bertamadun macam ni.. di zaman siber ni... manusia... manusia... manusia... GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3











01 Januari 2010

Salam sejahtera buat pengunjung blog Abeli .. semuga sentiasa dirahmati Allah jua.. Belum terlambat lagi bagi abeli ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat malaysia.. biasanya bila kita sebut tahun baru teringat kita pasal " AZAM " . Macam tahun yang lepas-lepas.. kita berazam.. pada tahun 2010.. kita berazam lagi.... untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya dari tahun sebelumnya... lebih berdaya saing.. lebik tekun dan kuat beribadat kepada Allah.. maklum lah usia kita bertambah setahun lagi.. kedut di pipi pun semakin jelas terlihat.. kita semakin hampir ke penhujung usia... dulu orang panggil kita abang.. sekarang dah ada yang panggil pakcik..itu lah lumrah perjalanan hidup kita.. sebagai manusia.. yang di jadi kan penciptanya.. dari surga kita ke surga dimana kitakan menempuh neraka.... jadi apa azam kita untuk 2010 agar kita berjaya di dunia dan akhirat... apakah misi kita... apakah visi kita... adak kah masih seperti tahun..tahun yang lalu...

Dalam kita sibuk untuk menyambut tahun baru 2010.. satu fenomena alam berlaku.. di mana gerhana bulan separa berlaku menjelang tahun baru 2010.. Apa makna atau petanda berlakunya fenomena itu hanya allah jua yang maha mengetahui.. Menurut kenyataan JAKIM.. gerhana bulan separa berlaku pada jumaat 01 HB JAN 2010 (15 MUHARAM1431HIJRAH) bermula jam 1.17pagi hingga 528 pagi dan mencapai gerhana tahap maksimum pada jam 324 pagi.. Gerhana dapat di lihat dengan jelas apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari jam 245 pagi hingga gerhana maksimum... itulah info serba ringkas yang abeli dapat.. jadi dua peristiwa belaku pada jumaat 01.01.10 ...
allahuaklam... wassalam