SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto Saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

09 Oktober 2012


ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Ali Imran : 160 )
ULASAN  AYAT:
  1. Jika ingin kejayaan yang dapat kekal lama, jangan mudah lupa daratan, ingat asal usul. Jangan mudah lupa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita yang selama ini setia menemani kita, bersahabat dengan kita ketika susah dan senang.
  2. Ramai yang tewas dihujung usia kerana waktu masih muda, kuat, kaya dan berjaya dalam hidup tapi kerana mudah lupa iaitu dengan mengabaikan ALLAH, ibubapa dan anak isteri atau suami. Akhirnya mereka tewas diusia senja.
  3. Berjaya ataupun gagal, perlu ditangani dengan bijak. Lazimnya, apabila kita berjaya, kita akan di kelilingi oleh mereka yang berjaya juga kerana dengannya kita merasa perjalanan kita menjadi mudah dan pantas. Manakala disaat kita tewas, kita dikelilingi oleh mereka yang gagal juga. Ketika inilah perjalanan kita menjadi perlahan dan sukar.
  4. Apabila kita selesa berteman dengan mereka yang berjaya, ianya bagus sekiranya kita tidak lupa erti kegagalan. Namun janganlah sampai kita lupa daratan sehingga kita lupa kita pernah tersembam dalam kehidupan. Bila kita bersama dengan mereka yang gagal pula, ia tidak bagus sekiranya kita lupa, hanyut dan kita tidak ingat yang kita pernah berjaya dulu sehingga bila kita sudah gagal, kita tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah, bahawa ALLAH dan rasul tidak suka kepada manusia yang mudah putus asa dalam hidup. WALLAHU’ALAM

25 April 2012


Kisah Helang dan Ayam


Pada suatu hari seekor helang sedang berlegar-legar di angkasa. Tiba-tiba dia ternampak seekor ayam sedang mencatuk-catuk tanah mencari cacing. Senyap-senyap dia terbang menuju ke arah ayam dan hinggap betul-betul di belakang ayam. Ayam sangat terkejut akan kemunculan helang dan pada fikirannya hari ini adalah hari terakhir baginya untuk hidup di dunia ini. Tanpa berlengah dia pun merayu pada helang.. 'En. Lang, tolonglah jangan kau makan aku lagi. Aku ada ramai anak yang perlu aku jaga. Kalau aku tak ada.. siapalah nak carikan makanan untuk mereka'.

Burung helang tadi terpinga-pinga mendengar rayuan ayam tadi. Lalu ia pun berkata.. 'Relaks Che Yam, relaks... bawak bertenang'. Kata helang lagi.. 'Aku datang ni bukannya nak memakan kamu tapi aku ingin belajar sesuatu dari kamu'. Ayam berasa lega mendengar kata-kata helang tersebut. Antara percaya dengan tidak ayam bertanya kepada helang. 'Apa yang hendak awak pelajari?'. Jawab burung helang ' Aku hendak kau ajar aku bagaimana makan dengan cara mencatuk. Aku dah puas terbang'. Ayam pun berkata ' Ooooo boleh, boleh En. Lang. Tapi boleh tak En. Lang mengajar pula saya terbang. Saya pun teringin juga terbang. Sejak dari kecil lagi saya bercita-cita untuk terbang. Sampai sekarang tak dapat. Apa kata kita bertukar-tukar kemahiran?'




Mendengar cadangan ayam tadi maka burung helang pun bersetuju. Maka mereka pun menetapkan tarikh dan jangka masa kursus. Dan kedua-duanya saling bertukar-tukar kemahiran. Kata orang mereka mengamalkan konsep 'menang-menang'. Mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Dan setelah dua purnama berlalu maka sampailah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari ujian.

Burung helang memulakan ujian dan dapat mencatuk banyak cacing dalam masa yang singkat sahaja. Sampaikan ia berkata pada ayam 'cukuplah untuk hari ini, dah penuh dah tembolok aku'. Begitulah kenyangnya burung helang pada hari itu. Kemudian tiba masanya bagi ayam pula. Lalu ia pergi ke satu kawasan yang tinggi dan meluncur laju. Dan tup-tup ia mampu terbang. Wah.. bukan main suka lagi ayam kerana akhirnya dapat juga jadi juruterbang. Setelah lama di awangan maka ia pun turun ke bumi dan berjumpa dengan helang dan mereka berdua saling bersalam-salaman sambil bertukar-tukar 'diploma'.

Keesokan harinya burung helang terbang di udara dan dia melihat ayam sedang mencatuk makanan. Maka burung helang itu pun menegur ayam. 'Che Yam, pasal apa kau masih mencatuk?. Ayam secara spontan menjawab .. 'Dah kau tu kenapa masih terbang?'.

Begitulah kisah situasi yang banyak berlaku sekarang. Ramai orang belajar bertahun-tahun dalam pengkhususan tertentu. Namun bila dapat diploma atau ijazah mereka mensia-siakan apa yang telah dipelajari. Walhal begitu banyak sudah wang dan tenaga yang dicurahkan. Alangkah baiknya kalau mereka boleh merancang dari awal dan buat apa yang mereka betul-betul minat dan buat perkara tersebut sampai menjadi 'pakar' dalam bidang berkenaan.

Dan yakinlah bila anda telah menjadi 'pakar' maka rezeki akan datang mencurah-curah kerana anda akan menjadi tempat rujukan dalam bidang berkenaan.

Cerita Pengembaraan Seekor Semut



Ada seekor semut yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Kuala Berang, Terengganu. Pada suatu hari semut ini sedang merayap-rayap seekor diri di atas baju kot tuan rumah tersebut. Tiba-tiba datang tuan rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa serta menyambar baju kot tersebut dan memakainya sambil berjalan. Ia tidak perasan yang ada seekor semut sedang bersembunyi di belakang kolar baju berkenaan.

Kemudian ahli perniagaan tersebut terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya. Kereta tersebut berhenti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Rupanya beliau ingin ke Kuala Lumpur, ada mesyuarat tergembar pada pukul 11.30 pagi katanya. Dari KLIA, ahli perniagaan tersebut terus menaiki ERL ekspress ke KL Sentral. Dia kemudiannya dijemput oleh seseorang yang sedia menunggunya dan terus dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Ahli perniagaan itu akhirnya sempat menghadiri mesyuarat yang sangat penting di situ tepat pada masanya. Daripada perbualan mereka, tahulah semut tersebut bahawa dia berada ditingkat 80 ketika itu.

Sebaik sahaja habis mesyuarat, ahli perniagaan tersebut tergesa-gesa keluar dan terus ke KLIA. Dari situ dia mengambil penerbangan malam ke Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita akhirnya mereka tiba semula di rumah pada pukul 10.30 malam di Kuala Berang.

Berbalik kepada cerita semut tadi... setibanya di rumah, dia dapati ramai ahli keluarganya berkumpul. Rupanya mereka menyangka semut tersebut telah hilang atau dicolek oleh kerengga di belakang rumah tersebut. Selepas mereka berjumpa dengan semut tersebut, maka bertanyalah mereka ke mana dia pergi sehari suntuk. Semut tersebut pun menjawablah dengan sejujur-jujurnya.... Kuala Lumpur!

"Haahahahaahaha... kau jangan nak kelentong kamilah. KL tu berjuta-juta km (ikut ukuran semut) dari Kuala Berang. Kau jangan cuba nak tipu kami. Macamana kau boleh pergi dan balik pada hari yang sama? Tak logik, tak logik!" Begitulah hal keadaannya pada hari itu. Jadi terpaksalah semut tadi menerangkan satu persatu cerita dari awal hingga akhir pengembaraan beliau. Alhamdullillah.. sebahagiannya mempercayai cerita tersebut tetapi ada juga di kalangan mereka yang berkeras tak mahu mempercayainya. begitulah kita sebagai manusia.... sesuatau yang di sampaikan  kepada kita...untuk mengajak kearah kebaikan  bukan semua mempercayainya... hanya sebahagian saja yang percaya.....sebagaimana...kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isya' dan Mi'raj. Kalau Allah mengizinkan ianya berlaku, tak ada apa yang mustahil di alam ini.

Cerita Anak Burung Helang



Pada suatu hari seorang orang asli di hutan Amazon merayau-rayau di dalam hutan bagi mencari rezeki. Tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang berlegar-legar di atas sebatang pokok yang tinggi. Rupa-rupanya burung tersebut mempunyai sarang di atas pokok berkenaan. Orang asli itu pun menunggu dengan sabar sehinggalah burung helang tersebut meninggalkan sarangnya.

Tanpa melengahkan masa orang asli tadi pun memanjat pokok itu dan mendapati terdapat beberapa biji telur di sarang tersebut. Dia pun mengambil kesemua telur itu dan dibawa balik ke rumahnya. Sesampai dia di rumah, orang asli berkenaan meletakkan sebiji telur untuk diramkan oleh ayam betinanya manakala yang lain untuk sarapan.

Dipendekkan cerita, menetaslah telur tadi bersama telur ayam yang lain. Maka hiduplah anak burung helang tadi bersama ibu dan anak-anak ayam yang lain dengan mencatuk dan memakan cacing, nasi dan sebagainya. Apa yang ayam buat itulah juga yang dilakukan oleh anak burung helang tersebut.

Pada suatu hari sedang anak burung helang mencatuk cacing, tiba-tiba dia terlihat ada seekor helang sedang berlegar-legar di udara. Maka berkatalah anak burung helang itu di dalam hatinya... "Alangkah bagusnya kalau boleh jadi macam burung helang yang sedang terbang itu..."
sememangnya anak burung helang itu tidak sedar dan tidak tahu...yang dirinya adalah seekor helang... yang memiliki kehebatan dan kebolehan terbang di angkasaraya.. boleh berada di puncak yang tinggi...
seperti mana kita manusia mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan.tetapi kita tidak mahu mencari kelebihan yang di anugrahkan kepada kita lalu digunakan sepenuhnya. Hanya 10% sahaja yang kita gunakan manakala 90% lagi tidak dikeluarkan. Orang lain yang berjaya.. menggunakan semaksima mungkin keupayaan dalam diri mereka. kenapa kita menjadi begini... lemah, tidak bermaya..mudah di pengaruhi... kerana kita hanya melihat keindahan dan ke enakan hanya yang ada di depan mata kita....milik org lain...seperti kita melihat pelangi yang cantik berwarna warni...sentiasa muncul di atas kepala orang lain... tidak pernah di atas kepala kita.... sedangkan orang lain melihat pelangi itu sentiasa muncul di atas kepala kita.... kenapa kita masih tidak sedar.....
Kerana kita masih bersikap seperti anak ayam.... mengikut kemana ibunya pergi walau mencari makan di dalam lubang yang dalam." fikir-fikirkan lah.

Antara sebab mengapa mayat firaun masih terpelihara

Antara Sebab Kenapa Mayat firaun Masih Terpelihara


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
 
 
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.



Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

 . Subhanaallah

16 April 2012

PUKUL IBU DGN BESEN.


Pukul ibu dengan besen
Wartawan Sinar Harian
16 April 2012

CHUKAI – Berang kerana tidak diberikan wang, seorang penganggur tergamak memukul kepala ibunya sendiri dengan besen sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan biadab berkenaan menyebabkan si ibu malang berusia 58 tahun itu tergamam dengan tinda­kan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang, bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

“Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang,” katanya semalam.

Sehubungan itu, katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan parah.

15 April 2012

Kisah Wanita Termimpi Lelaki Bertawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji


Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya.

Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya.

“Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?” Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung.

Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama? Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut?

Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau:

“WAllahu A`lam. Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.” Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji. Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang). Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…” Jawab Tuan Sheikh tersebut.

“Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur.” Sambung Tuan Sheikh lagi.

“Oh begitu. Terima kasih kerana sudi menjawabnya. Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?” Tanya wanita itu melalui telefon.

“Ya, boleh. Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?” sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau.

“Ya, saya kenal beliau.” Jawab wanita tersebut dengan ringkas.

“Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau.” Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu.

“Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!” Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio.

Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya. Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf. Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan. Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain.
Download poster Haji ini!

Kisah di atas telah disampaikan di dalam satu ceramah yang telah diadakan di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang oleh Ustadz Syed Nurhisham sekitar tajuk haji pada 2 Dzulka`idah 1432H bersamaan 30 Sepmtember 2011. Beliau tidak menyebutkan siapakah gerangannya nama Tuan Sheikh yang dimaksudkan.

SubhanAllah! Betapa hikmah dan luar biasa sekali jawapan Tuan Sheikh tersebut. Beliau nampak apa yang saya dan orang lain tidak nampak. Jawapan beliau sangat-sangat di luar jangkaan. Beliau memberikan tafsiran yang bukan calang-calang tafsiran. Dan tafsiran beliau dijawab berdasarkan pemahaman beliau terhadap nas dari al-Hadith. Malah kebaikan dari ilmu tafsiran beliau dikembalikan kepada beliau oleh ALLAH `Azza wa Jalla dalam bentuk kemuliaan!

Saya tidak dapat menahan emosi saya selepas mendengar kisah ini. Sangat sebak rasanya. Betapa beruntungnya Tuan Sheikh tersebut. Beliau telah diberikan kemuliaan oleh ALLAH `Azza wa Jalla di hadapan jutaan manusia sejak di dunia lagi. Khabar gembira seperti ini jarang didapati oleh mana-mana manusia melainkan sangat sedikit.

Saya telah menyemak hadith yang dimaksudkan oleh Tuan Sheikh tersebut, iaitu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap hamba-hambaNYA yang memperolehi haji mabrur, diri ini tersangatlah rasa penuh harap dan memohon agar dikurniakan dengan haji yang mabrur juga. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji yang mabrur, yang maksudnya:

“Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (peng-hapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Syurga.” (HR. Malik, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

ALLAHU AKBAR! Mudah-mudahan kita semua memperolehinya. Dan untuk memperolehinya, mestilah kita letakkan usaha yang sungguh-sungguh mulai sekarang, doa, tawakkal dan penuh harap kepada ALLAH Jalla wa A`la agar kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang beruntung, amin…

LabbaiKA ya ALLAH! LabbaiKA ya ALLAH!
-----

Ustaz Azhar Idrus
















  • ‎" 40 HARI "

    Bermula dgn Titisan Air mani...
    bersatu... bagaikan senyawa...
    bermetri ikatan sejati....
    kukuh kejap dan jitu.

    40 hari.....
    Air mani menjadi darah..
    likat... pekat... hanyir dan busuk...
    bergerak.....
    mengikut aturan penciptanya..
    Bergumpal...bergelumangang...
    berbuih...membetuk seketul daging....

    40 hari...
    Daging membentuk tulang.....
    dari selembut mu membeku keras...
    menyentap rentap.... menunjal...

    40 hari....
    Tulang di balut dgn daging...
    Termetri rapat...bagai isi dgn kuku......
    terpisah...tidak sama sekali....

    40 hari....
    Terbentuk satu lembaga...
    Di panggil " JANIN "Lalu...
    Di perintah oleh maha pencipta...
    " Tiupkan ROH ke dalam jasad anak adam itu..."
    Lalu...Ditetapkan olehnya 4 perkara...
    1. Rezekinya...
    2.Jodoh Pertemuannya.
    3.Ajal Mautnya...
    4.Tanah Kuburnya...

    40 hari....
    Janin membentuk lembaga manusia.......
    dan allah berfirman
    " Tidak aku jadikan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian. "

    Abeli Rosli ...09/03/2010...03:00am..hakcipta terpelihara.

01 Oktober 2011

" KESAH ITIK "











" KESAH ITIK "

Dengar lah Tuan-tuan.. abeli nak cerita… kesah itik

Lirik abeli.. bunyi pelik ..kalau baca.. pikir baik-baik.

Itik kaki jelepek .. mulut sudu.. belakang pulak lentik.

Jalan pulak bergolek.. bila tengok.. boleh jadi ralik…

Oh..la..la..

siapa tak kenal itik.. ala tuan…

Tanda nak mati

Kalau tempat tahlil.. ala tuan..

Orang gulai kari….

Lalalalalalla

Ini kesah itik…

Kita perhati tengok ..itik jauh beza dengan ayam..

Itik betina.. tubuh botok… itik jantan.. tubuh nak panjang.

Kepala itik licin minyak.. boleh kerat.. buat perhiasan..
Cuma perangai tak ada gamak.. suka sangat main bawah jemoran..
Oh la la
Sekarang dgn dulu.. ala tuan.
Itik berbeza sangat…
Itik dulu malu.. ala tuan

Zaman sekarang berat….

Lalalalalalla…..
Ini kesah itik.
Itik suka bertelor ..tapi perangai.. malas mengeram.
Lepas bertelor.. tinggal rata.. celah rumput dalam lalang
Ada juga manusia dgn itik.. perangai lebih kurang..
Lepas beranak.. buang rata.. tepi parit tepi longkang…
Oh la la
Gejala buang anak.. ala tuan
Banyak terjadi..
Manusia tergamak.. ala tuan..
Bunuh anak sendiri..
Lalalalalalalala…..
Ini kesah itik
Kelemahan itik kampong.. apabila masuk ke Bandar..
Kadang-kadang cucuk hidung.. rambut hitam tukar warna hijau..
Dah tak pakai kain sarung ..bila mana dia kenal seluar..
Kadang-kadang di kuala lumpur.. tok lebai tengok.. sampai tercabut semutar
Oh la la..
Kenapa gini jadi.. ala tuan…
Kita orang melayu…
Budaya mana mari.. ala tuan..

Bangsa kita tiru..

Lalalalalalalalalala….
Ini kesah itik..
Tabiat puak itik.. dia suka bergaul bebas…
Tunang orang pun di kilik.. bini orang pun dia kebas..
Sekarang ramai kena penyakit.. akibat pergaulan bebas..

Kalau kena penyakit AIDS.. ibu bapa nyawa tak puas

Oh la la..

Manusia hari ini…. ala tuan

Lupa dosa pahala
Kita orang islam…. ala tuan
Ada surga neraka…
Lalalalalalalalala……..
Ini kisah itik.

02 Ogos 2011

CERPEN (CERITA AKU ) EPISOD-5 -NORIAH

CERPEN (CERITA AKU) BAHAGIAN 5- EPISOD NORIAH.

Setelah aku letak kasut yang ibu noriah beri padaku... aku melangkah kesekolah dgn rasa bangga kerana aku berjaya pulangkan kasut terpakai itu kepada tuanya...walau pun tuanya tidak tahu.... setibanya di sekolah.. aku berjalan..menuju ke kelas.. aku lihat noriah berdiri di muka pintu kelas darjah 1A.. di mengintai kiri dan kanan.. sambi tangan kanan nya berpaut pada pintu kelas... badan noriah.. bergerak kekiri kekanan ... membuat kan rambut Noriah yang panjang mengurai tu...meliuk lintuk.. mengikuti alunan tubuh kecilnya.. cantik sungguh.... buaian rambutnya... Aku tertanya... siapakah yang di cari oleh noriah..bila noriah mengitai kekiri kekanan... aku ke..?.. isshh tak mungkin... gadis.. secantik itu... menanti aku...kelakar betul...enggang dgn pipit.... jauh jaraknya tu... bila aku semakin hampir dgn... pintu kelas... noriah.. terlihat aku berjalan ke arahnya... dia tergamam...lalu berlari anak kearah ku... "li kenapa kau lambat hari ni... "kata noriah... sambil mata nya memandang kaki aku.. yang hanya berselipar jepun...Aku melihat noriah tunduk.. mukanya mula berubah... masam mencuka... dia mendongak... lalu mata kami bertentangan... noriah.. tidak berkata apa...aku lihat... air mata noriah mengalir.. membelah pipinya.. yang mekar..itu.. lalu airmata noriah berhenti di bibir kecil nya.."nor maaf kan li... nor...!!... bukan lie tak nak pakai kasut yang nor bagi tu... mak lie marah......dia suruh lie pulangkan kasut tu... lie dah.. letak kat tangga rumah nor... maaf ye...) kata ku... agar suasana terkawal... " sampai hati......!!!!" kata noriah sambil dgn nada marah.. lalu berlari meninggalkan aku... terkelip-kelip.. macam ayam berak kapoo...aku tau noriah marah bila aku datang kesekolah tidak memakai kasut yang di beri nya.... pagi ni dia lihat aku tak memakai kasut tu..dia kecewa dan dia merasa saolah-olah aku tidak menghargai pemberian nya .. andainya dapat kau rasa apa yang aku rasa dgn pemberian mu itu.. kau tak kan kecewa.. nor.. aku rasakan aku menerima sesuatu yang istimewa yang belum pernah aku dapat selama hidup ini... tapi apa daya ku nor.. hendak ku telan mati mak.. hendak ku luah... mati ayah.. aku di persimpangan... tapi percaya la nor... walau pun kasut tu tiada di kaki ku... tapi dia tersimpan kemas jauh di sudut hati aku....

Aku masuk kedalam kelas... belum sempat aku labuhkan punggung ku... di kerusi terjengul cikgu Mahyuddin idris(skrag tok 4 kg bukit batu...damak)... selaku guru kelas ku... semasa cikgu jamaludin mengajar ilmu hisab.. sesekali aku menjeling kearah noriah yang duduk sebaris dgn ku cuma di pisah kan 3 pelajar..aku lihat muka noriah... masih lagi masam...tunduk kemeja... langsung.. tak menoleh pada ku... selalunya.. bila kami tgh belajar.. sesekali dia menoleh pada ku... dari jauh dia lemparkan senyuman yang cukup membuatkan dada ku berbunga-bunga... semangat nak belajar mebuak-buak.. tapi pagi tu aku dan noriah... macam tak ada semangat... aku pun dah tak tau apa yang di ajar cikgu mahyudin...

Waktu rehat.. aku membawa nasi bungkus... menuju kearah pokok kelapa bali yang rendang di pingirr pagar sebelah kelas ku... di situ la selalu aku makan nasi bungkus bekalan mak ku... selalunya bila aku duduk di situ.. beberapa minit kemudian datang noriah bersama 2 gelas air sirap.. satu untuk aku.. dah 15 minit aku di situ bayang noria pun tak nampak.. aku menjadi resah... nasi yang aku suap tak dapat ku menelan... mata ku mencari-cari noriah di mana.. bila aku terpandang ke kelas ku aku lihat... noria masih duduk di meja nya.. tak keluar rehat... masih marah lagi dia padaku...aku bungkus balik..nasi yang aku makan haya sesuap.. lalu aku melangkah ke kelas..

aku menhampiri noriah yang duduk sambil tunduk ke meja .. sambil tangan nya.. bermain-main dgn sebatang pencil.. halus dan lembut jari jemari noriah... "nor... li minta maaf ya... senyum la sikit... kalau muka nor mencuka macam ni... tengok kat kambing pun kambing gelak...!!! belepak.. tamparan singgah di bahu ku..." sampai hati.. sampai hati.. gerammm...!!! noria kata sambil dia semakin senyum.. tangan nya menumbuk manja belakang ku... " jangan tumbuk macam ni... mati lah li..." kataku.. " biar mati... biar mati...." kata noriah .. " ya la.. orang suka kalau kita mati...." kata ku." sape suka...?? tanya noriah... "tadi.. cakap biar mati." mintak kita mati..." jawab ku

" geram tau tak....?balas noriah... okla.. kita damai ok.. maaf ya..".. noriah mendongak.. pada ku lalu tersenyum... lalu memegang tangan ku.. kami berpimpinan tangan menuju ke pangkal pokok kelapa bali..kami duduk bersila bertentangan.. aku buka nasi bungkus.. yang ibuku... bekalkan.. kami makan bersama... walaupun tiada segelas air minum pun di situ... nasi bungkus aku licin... aku dan noria kerjakan....

aku dan noriah.... belajar sekelas.. sahingga darjah 5 dalam lima tahun aku di sekolah kebangsan jeransang... aku dengan noriah macam isi dgn kuku... ibunya juga suka dgn ku walau pun aku dari keluarga miskin... tiba saat hampir cuti akhir tahun... semasa darjah lima.. ayah ku datang kesekolah untuk menukar kan aku ke sek keb damak... sekali lagi peristiwa sedih antara aku.. dan noriah.. terjadi... waktu rehat tu aku makan lagi dgn noriah di pangkal pokok kelapa bali... aku ceritakan pada noriah... " nor... tahun depan kita tak sekolah sini lagi.. ayah kita pindah kat batu balai.. kita kena sekolah damak..." kata ku... aku lihat air muka noriah berubah...dia tunduk katanah...... aku lihat airmatanya mengalir... kepipi... aku serbasalah.... lalu aku ambil sapu tangan ku .. ku tahan air mata jernih yang mengalir ke pipi noriah.. agar ia berhenti dibibir manisnya.. " nor.. andainya ku jadi air matamu... aku ingin lahir dari mata mu.. mengalir di pipi mu.. mati di bibirmu...andainya kau jadi airmataku.. aku tak kan menangis kerana aku takkan kehilangan mu..." lalu noriah baring di bahuku.... dadaku berdebar kencang... belum pernah seorang gadis secantik noriah berada di samping ku... malah bersandar di bahu ku.. seorang budak kampung... yang seba serbi kekurangan... pernah satu ketika... noriah memberitahu ku..." li nor suka berkawan dgn li ..kerana sikap li terlalu baik dengan nor... pandai ambil hati nor.. suka memujuk bila nor marah... kini li hendak pergi meninggalkan nor...." "apa dayaku...nor kita terpaksa berpisah... dah kehendak takdir.. kita telan bersama walaupun pahit.".. ku lihat airmata nor mengalir semakin deras....

apabila tiba akhir sekolah.. aku besalam-salaman dgn rakan ku yang ku ingat amran talib.. zakaria.. wan karim. saiful bahari jusoh hasnah saleh.. yunan.. isazali mat isa.. maznah mat jelas dan ramai lagi rakan sekelas.. cuma aku lihat noriah duduk termenung di bangku nya.. di tanganya.. terpegang satu kotak kecil... aku tahu itu hadiah... lalu aku hampirinya.. " nor maafkan li.. hari ni hari terakhir li bersekolah di sini... masuk darjah 6 li akan bersekolah di damak... bermakna kita tak kan bertemu lagi.... aku hulur tangan ku .. lalu di sambut lembut oleh noriah.. "nah.... li.. ini ada hadiah dari nor... buat kenangan persahabatan kita selama 5 tahun... andainya jodoh kita di takdirkan bertemu kita akan bersama satu hari nanti".. lalu kusambut hadiah yang tak sepertinya... ini walaupun harganya murah.. namun masih ku simpan hingga ke hari ini...... setelah perpisahan itu aku tidak lagi bertemu dgn noriah... di mana noriah berada sekarang.. dah berkeluarga.. kah dia .. dah ada berapa ramai anak... cuma aku tau keluarga noriah berasal dari Johor... adn lirik lagu dikir barat ini untuk mu noriah...andainya kau membaca cerpen ku ini.. hubungi lah aku.... cuma yamg aku pasti tentang mu ialah usia mu 46 tahun sama dgn ku.... BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 6

SALAM UNTUK SAHABAT.

Salam untuk sahabat.. yang iklas dari ku

semuga menjadi ubat.. penawar hati yang rindu..

aku nak tulis surat.. alamat mu ku tak tahu

talipon pun mu tak dapat... no talipon tak tahu..

aku tak tahu......

c/o

sejak sekolah lagi..kita dua saing rapat..

pencil ruber kita kongsi.. baca buku duduk dekat..

nak masuk kantin sekali.. masuk jamban pun pakat..

dok main pergi mari.. tengoh padang sambil melompat...

iklas hati putih.. dalam persahabatan ..

lebih pada sorang waris.. sama tumpang menumpang..

masa susah masa sedih.. kita sama-sama bincang..

masa marah masa murih... tak simpan dihati dalam ..

kerana sayang...

ooo..oooo..oooo..lalalalalala...

c/o

masa akhir sekolah.. masih ku ingat lagi...

sedihnya masa nak pisah.. sayu nya rasa hati.

demo beri ku hadiah.. ku sambut sepuluh jari..

walaupun harganya murah.. masih ku simpan lagi

masa sudah berubah.. tak serupo dulu lagi..

masing-masing dah menikoh.. anak ramai susun jari..

maklum umur dah bertambah.. ada kedut di pipi..

bila ku ingat sejarah.. rasa sayu dalam hati...

sedihnya hati..

c/o

sahabat yang tercinta.. ku pinta iklas hati..

kirim-kirim la berita.. tanya kaba pegi mari.

bertemu kan anak kita.. suami serta isteri..

bukan niat apa-apa . nak saing dengan mu lagi

salam untuk sahabat .. yang iklas dariku..

semuga menjadi ubat.... penawar hati yamg rindu

aku nak tulis surat alamat.. mu ku tak tahu..

talipun pun mu tak dapat .. dah tukar no baru..

aku tak tahu.............!!!!!!

YAKJUD DAN MAKJUD


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

Sumber : http://keindahansemalam.blogspot.com

19 Julai 2010

CERITA AKU BAHAGIAN 4

Setelah umur ku meningkat 7 tahun aku mula memasuki alam persekolahan... aku masuk darjah satu... di sek keb Jerangsang Tanjung Besar Kuala Lipis pahang.. aku mula mengenali.. ramai kawan baru... tapi hari pertama... aku di sekolah... aku menangis... bukan takut dgn cikgu.. dan rakan baru ku yang semuanya nakal... tapi aku di ejek.. kerana ke sekolah tak pakai kasut.... aku pakai selipar jepun je... ayah kata tak ada duit nak beli kasut sekolah... aku di bekal kan duit belanja 10 sen saja.. dgn duit 10 sen.. tu aku boleh beli air sirap.. dan kuih karipap... waktu rehat.. aku di bekal kan oleh mak aku.. nasi bungkus... yang dibungkus dalam daun pisang.. lauk tak usah cerita la... kdg-kdg kepala ikan kering... yang mak aku goring.. campur dgn bawang... sesekali telor dadar... tak ada kuah... mak cakap kalau bubh kuah nak sampai kul 10 pagi nasi boleh basi.... aku ikut je apa mak aku cakap.... pada satu hari... pukul 8pagi kelas aku ada latihan jasmani... kami semua pergi kepadang... kelas kami kosong.. bikil darjah pula tak ada pintu... kul 830 pagi tamat waktu jasmani.. kami semua pulang ke kelas... sampai je di meja aku ..aku tengok.. beg aku berterabor.. kena selonkar.. bila aku tengok.. nasi bungkus yang aku letak dalam beg.. berterabur ...rupanya di selongkar oleh anjing... aku menagis lagi... dah la ayah ku tak bagi duit belanja hari tu.... dia kata tak ada duit.. getah buku belum kutip lagi... jadi hari tu aku kebuluran.. menunggu habis waktu sekolah... aku kira dalam pukul 3 petang baru aku sampai ke rumah ku.. jaraknya 3 kilometer dari sekolah... aku terpaksa berjalan kaki pulang dari sekolah.. bersama..rakan-rakan ku... melalui jalan besar... masuk jalan ke kg atong... jalan tanah merah.. dan terus ke jalan denai masuk ke kg relai... dalam perjalan balik dari sekolah.. tetiba je selipar aku putus.... berkaki ayam la aku pulang hari tu dgn perut lapar.... aku dah tak berday.. kederat budak 7 tahun tak makan seharian.... aku berhenti di sebuah rumah di tepi jalan kg atong.... tuan rumah .. tu ada anak perempuan... bernama Noriah.. AYAH DIA PEGAWAI RISDA... noriah rakan sekelas aku... bila dia tengok aku berhenti depan rumah.. dia menceritakan pada ibunya apa yang berlaku pada ku... lalu ibunya memanggil aku naik kerumah.. di ajak aku makan nasi.. mula-mula aku menolak... malu juga aku... aku tak biasa dgn keluarga dia... lagi pun mak aku selalu pesan... jangan makan nasi rumah orang... tapi memandang kan lapar sangat dah sampai tahap kritikal... belasah je...
Selesai makan... aku mintak diri nak balik... bila.. aku keluar rumah dia.. ibu dia bertanya... mana kasut sekolah... aku tak terkata apa-apa.. tertunduk malu.... terasa hina sangat saat itu.. tanpa aku sedari..air mataku mengalir.. di pipi.. hatiku sebak... aku terdengar... Noriah rakan ku menceritakn pada ibunya... yang aku kesekolah hanya memakai selipar jepun saja... dan hari ni selipar jepun aku telah putus ... dan aku berkaki ayam.. lalu ibu Noriah... memangil aku... aku tengok dia memegang sepasan kasut sekolah yang aku agak memang dah pakai... sebab aku nampak tak lah baru sangat... " nah li ambik kasut noriah ni... dia ada dua pasang.. li ambil satu...kasut ni noriah dah pakai... tapi boleh pakai lagi..." kata ibu noriah... masa tu aku.. aku rasa bagai nak pitam... macam tak percaya... aku dapat kasut sekolah...yang aku impikan selama ini.. dgn rasa hormat dan rendah diri... aku cuba memakai kasut tu.. sedang elok.. tapi ketat sikit.. lalu aku ucapkan terima kasih..kat ibu noriah... aku terus melangkah pulang melalui jalan tanah merah dan terus ke jalan denai menuju ke kampung ku..... dengan tenaga yang baru.. semangat yang baru....
Aku tiba di pondok buruk aku di tengah hutan cerang kampung Rilai... aku lihat ibu ku sedang membibit air dalam baldi.. dari telaga... di tepi paya.. bila aku melihat ibu ku aku tersenyum... dgn gembiranya aku memberitahu ibuku.. yang aku dah ada kasut sekolah... bila ibuku mendengar cerita aku .. aku melihat muka ibuku berubah dari senyum bertukar masam...lalu ibu menhampiri ku... satu tamparan singgah di belakag bahu ku.. pak... aku terkejut... satu lagi tamparan kat belakang.. pap..aku terasa perit.. lalu aku menagis.... " kau ni jenis anak tak reti di ajar... berapa kali dah mak cakap.. jangan makan nasi rumah orang.. jangan ambil barang orang...".. tengking ibuku... tidak cukup dgn tamparan di belakang ku ibuku.. pulas telinga ku.. sakit tak sanggup nak cerita... macam nak tercabut.. telinga ku ... "ampun...mak..maaf ma... angah minta maaf... ma.. angah janji tak buat lagi... mak.." aku merayu memohin simpati... tapi aku lihat ibuku macam di rasuk... tetiba dia mencapai ranting seduduk.. di libas di betis ku ..pahaku.. lengan ku.. belakang ku... seluruh tubuh ku terasa perit dan ngilu... tiba-tiba meluru kakak ku dri dalam rumah bergayut di kaki.. ibu.. "sudalah mak... mati adik tu.. nanti... sudah mak.. esok suruh adik pulang kan kasut tu.. mak..." kakaku merayu...ibuku berhenti memukul ku... aku menangis terisak-isak.. sambil mengosok seluruh tubuh ku... yang calar balar.. ada yang berdarah... aku ters belari naik kerumah... baring diatas tikar mengkuang.. sambil terisak-isak aku terlena....
Aku pun tak tahu jam sudah pukul berapa... aku terjaga.. yang aku nampak suasana gelap... pelita minyak tanah terliup lintuk.. di tiup angin... di hujung kepala ku... aku terjaga bila kesan calar terluka.. di sebat ibuku.. di sentuh seseorang... aku mebuka kelopak mata... aku tengok ibuku sedang menyapu ubat di badan ku.. aku lihat dari kelopak mata ibuku mengali air mata membasahi pipi nya... dan minit di atas belakang ku... aku lihat.. wajah ibu ku di selebungi kekesalan... aku memejam mata.. air mataku turut mengalir...dgn suara terketar... aku cuba berkata sesuatu pada ibuku.." mmakk... ang.ngahh mita maaf mak..... angahh.. janji tak kan buat ..lagi.." aku merenung mata ibuku... aku melihat air mata ibuku.. semakin deras mengalir.. lalu ibuku memelok ku... "ngah.. mak pun minta maaf... mak tak patut pukul ngah sampai macam ni.. habis badan ngah luka..." kakak ku yang ada di hujung kaki ku.. turut menagis... dan kami bertiga berpelukan... dan aku demam 3 hari......
Setelah sembuh dari demam... aku kesekolah... sampai je kat rumah noriah... aku pelahan-lahan menuju ke tangga rumahnya... aku letak balik kasut sekolah yang ibu noriah beri pada ku.. di tepi tangga rumahnya.. tanpa pengetahuan ..noriah dan ibunya........ BERSAMBUNG.... BAH 5

05 Mei 2010

CERITA AKU-BAHAGIAN 3

Takala aku memasuki darjah satu ..keluarga ku berpindah ke tempat baru.. dimana tanah baru di terokai.. pokok -pokok balak.. dari sebesar betis hingga se pemelok di tebang.. pernah juga sekali aku mengikuti ayah ku ke kebun baru untuk melihat pokok besar di tebang... ayah ku.. meminta pertolongan rakan nya yamg sama-sama meneroka tanah hutan di situ... pakngah pok yeh.. pakngah malik.. tokwan nor... dan ramai lagi... aku pun tak ingat..yang aku ingat nama yang aku tulis tu semuanya dah arwah.. telah kembali kerahmatulah..(semuga roh mereka di tempatkan bersama org-org mukmin..aminn.).. bila ayah ku hendak menebang pokok se besar pemeluk.. aku suka sangat.... aku lari duduk jauh-jauh.. biasanya aku cari tempat tinggi.. atas pusu ke ..busut ke.. supaya aku dapat melihat dengan jelas.. ayah dan kawan mereka.. dari mula menebang hingga pokok tu tumbang.. sebelum menebang pokok tu..aku tengok mereka berempat menebas di pangkal pokok membersih kan kawasan banir pokok supaya senang semasa menebang dan lari ketika pokok hampir tumbang... aku duduk di atas busut..jauh juga dari pokok tu..aku tengok pakngah pokyeh mengelilingi pokok tersebut beberapa pusingan... kemudian dia menepuk-nepuk batang pokok tersebut.. sambil menunjuk ke arah matahari jatuh.. dia berkata sesuatu... aku tak dengar apa yang di cakapkan...kerana jarak aku dgn mereka agak jauh... bila semuanya sudah sedia... mereka berpecah 2..ayah ku dgn pakngh malik.. tok wan nor dgn pakngah pok yeh.. 2orang sebelah matahari naik.. 2orang sebelah matahari jatuh...aku melihat mereka mula gergaji disebelah kanan membentuk tga segi... dia orang panggil buat muka kayu.. dan bila selesai buat muka.. mereka mula menebang dari sebelah kanan iaitu sebelah belakang.. seorang tarik seorang sorong.. gergaji yang di gunakan masa tu ayah panggil "gergaji kesot"sekeping mata gergaji selebar 6 inci.. terdapat pemegang di kiri kanan mata gergaji sepanjang 10 kaki... bila mereka berdua penat giliran di ambil oleh yang 2 orang lagi... bila mata gergaji sedah memasuki separuh batang pokok.. berbunyi meletup-letup... menandakan pokok tersebut hampir tumbang.. sorong tarik semakin laju.. prappp..pappp...prapp.. bunyi semakin kerap.. aku lihat pokok tu bergoyang-goyang.. dan menuju ke satu arah... bila pokok tu mula condong... aku lihat ayah dan rakan nya memulakan langkah seribu menyelamatkan diri... dan pokok sepemeluk rebah menyembah bumi... dari tempat aku berdiri aku lihat... batang pokok tu menimpa pokok sekeliling... di mana berpulu batang pokok yang kecil-kecil.. menyembah bumi bersama titisan peluh peneroka tanah hutan.. demi sesuap nasi kami sekeluarga..... Ayah membina rumah kotak di dalam cerang yang baru kami terokai... rumah di bina dari pokok kayu sebesar betis sebagai tiang.. kayu sebesar lengan di buat rangka dan alang rumah... atap dari pokok kor.. di anyam menjadi atap... biasanya atap di anyam oleh mak aku.. pada sebelah petang... ketika tu la aku bermain dengan rakan ku.. anak rakan ayahku tadi... saupi.. nama sebenarnya wan karim bin malik anak paknga malik.. sekarang bertugas sebagai juruteknik di uitm jengka.. kak long aku. dan kakak saupi.. kami main pertandingan kutip lada.. siapa kutip banyak... mak bagi hadiah 10sen.. bila malam aku tak dapat tidor panas satu badan terkena lada yang kami kutip.... balik ke cerita rumah ku...atap daun kor.. dinding dan lantai di buat dari kulit kayu balak yang ayah ku tebang tadi.. ayah sepat kuli kayu balak.. kemudian di sepit sebagai dinding... dan itulah mahligai yang dapat.. meneduh kami dari hujan... bila aku mula bersekolah... ayah menghantar aku ke sekolah bersama basikal tuanya.. melalui jalan tanah merah... bila kemarau berdebu.. bila hujan lecak tak usah cerita la.... selut merah lepas atas kepala... tapi yang sedih nya semasa darjah satu... aku kesekolah tak pakai kasut........(bersambung)

19 April 2010

CERITA AKU-BAHAGIAN 2

Semasa ibuku mengandung adik ku yang ketiga.. ayah mula berulang alik ke kg sg rilai.. atong untuk membuka tanah hutan... ayah ku bercadang nak pindah ke sana bila pokok getah yang ayah tanam sebesar lengan... pada satu hari dalam bulan ogos.. ayah ku tiada di rumah kerana ke sg rilai.. membersih kebun.. masa tu kat rumah yang tinggal mak dan aku... kak long ke sekolah... atuk aku..yang kami adik beradik panggil 'aki'.. dan wan ke bandar benta... tiba-- tiba mak aku sakit perut nak bersalin... mak suruh aku panggil orang.. aku yang tak tau apa menjerit-jerit kat tingkap minta tolong... rumah atok aku jauh ke dalam.. dari jalan besar... aku berdoa agar ada orang yang lalu.. depan rumah.. balik dari menoreh.. aku semakin cemas bila melihat mak aku.. mengerang kesakitan.. aku meluru ke pintu tapi.. tak boleh buka... pintu mak kunci dari atas ..mana sampai aku .. nak buka...jadi aku dan mak aku ter kunci dari dalam.. mak dah tak boleh bangun lagi ... aku lihat darah banyak.. pada betis dan kaki mak... aku jadi takut... apa yang aku tau masa tu menangis je.... dengan kehendak allah... tiba-tiba datang seorang budak muda... membawa joran kail nak pergi memancing kat alor hujung paya dekat rumah ku... bila melihat je dia menuju ke paya tu... aku menangis sekuat-kuat.. dia terdengar aku menangis... terus dia datang kerumah ku... lalu bertanya apa yang terjadi... aku tak tau nak cakap apa cuma mak...mak...mak... sambil tangan ku menunjuk kearah mak ku yang terbaring lemah... di tengah-tengah rumah... Bustaman .. nama pemuda tersebut... menyuruh aku membuka pintu. aku cakap pintu kunci dari dalam sebelah atas... dia jengok ikut tingkap... bila dia nampak mak aku terbaring... dgn memegang perutnya.. sambil menahan sakit... dia cakap kat mak aku.. kak.. tenang kak nanti saya pergi bagi tau orang kampung... selang beberapa minit... orang kampung mula datang mereka mengopek pintu.. bila terbuka je pintu..beberapa orang tua perempuan meluru ke arah mak aku .. mereka mengangkat di letakan di atas tempat di panggil gerai.. mereka bertungkus lumus cuba menyambut kelahiran adik ku... bostaman tadi selepas memberitahu orang kampung... terus ke rumah "mak de mek som" bidan kampung yang cukup popular di kg sempadan masa tu... lebih kurang.. 15 minit kemudian aku terdengar tangisan budak kecik... aku melonjak kegembiraan..aku tau adik aku telah lahir.... se orang lelaki di beri nama Roslan... Bila Roslan lahir... atuk aku.. terus ambil roslan untuk di jaganya.... selepas 100hari ibu ku berpantang... ayah ku.. membawa aku kaklong.. ibuku berpindah ke sg rilai... nun jauh kedalam hutan... adik ku roslan.. tinggal dgn atuk ku... bila tiba je kerumah baru kami di kg sg rilai... aku termenung... rumah yang aku duduk berteduh dari panas dan hujan...hanyalah bangsal berbentuk kotak... atap daun kor.. dinding kulit kayu... lantai pokok bayas di belah..berbentuk papan... malam pertama aku di pondok tu.. sampai pagi aku tak boleh melelap kan mata... macam-macam bunyi.... gajah.. harimau.. beruang... yang paling aku tak dapat melupakan... pada satu petang aku bermain di tepi belukar.... tak jauh dari pondok buruk ku... aku terlihat dua susuk tubuh binatang seakan kucing... tapi besar sikit... pada badan nya ada tiga jalur merah.... aku menjerit memanggil kakak ku.. kaklog anak kucing..anak kucing... .. kakak berlari mendapat kan aku.. adik... bukan anak kucing.. tu anak harimau belang... dia terus mendokong aku belari naik ke rumah... tiba-tiba anak harimau tu mengikut kami sampai ke laman rumah.... tak semena-mena terpacul ibu harimau datang kearah anak nya lalu mengonggong leher anaknya.. membawa masuk ke dalam hutan.... aku dan kakak aku.. terus tak turun ketanah... hingga lah.. mak dan ayah ku balik dari membersih kebun..... Bila usia meningkat 7 tahun aku mula bersekolah...... nak tau sedih sangat masa tu.... aku besekolah dari darjah satu sampai darjah dua tak berkasut... nak tau cerita nya.. tunggu CERITA AKU -BAHAGIAN 3