SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

28 Ogos 2009

SINGGANG " GEAR BOX " TOKJORO


"SINGGANG GEAR BOX TOKJORO"
***lain dari yang lain***
SALAM RAMADAN AL MUBARAK..
Buat pengunjung blog abeli.. ha.. ptg ni hari ke lapan kita berbuka.. pagi tadi terpikir lagi.. apa benda la nak berbuka.. dah la lewat jam dah kul 10 pagi.. abeli ke pasar jerantut.. bila tiba je tempat gerai daging segar.. semuanya dah sold out.. yang tinggal.. tulang je.. pada tak ada langsung,, tulang ke tulang lah belasah je.. bila balik ke rumah potong dua.. mama danisya.. tanya.. "nak masak sop gear box ke...tulang ni..?".. tak la.. ayah rasa nak makan singgang gear box.. buat macam singgang daging tu .." jawab abeli.. dan bersusah payah la mama danisya.. kat dapur... rebus lama-lama sikit.. kasi empuk..biar daging yang melekat kat tulang tu agak-agak nak tanggal.. dah 3 kali tambah air baru masuk perencahnya.. resepi nak buat singgang gear box ni paling simple.. abeli pun xberapa tau... tapi abeli tengo Mama Danisya bubuh.. langkuas.. halia.. bawang goring.. garam.. gula.. lada kering.. dan sedikit perasa istemewa... budu.. dan hasilnya..."SINGGANG GEAR BOX TOKJORO" ha.. ni dia.... huh.. tak sabar-sabar...nak mencekik... aaaa... satu lagi... nak makan gearbox ni.. kena sedia pisau n strawww.. nak sedut tulang lembut kat dalam.. tu pehhhh...sampai bapak mertua abeli kat kelantan pun abeli dah tak nampak......

MAMA DANISYA DENGAN BANGGANYA
BERSAMA "SINGGANG GEAR BOX TOKJORO"

INILAH HASILNYA BERKAT SUSAH PAYAH ABELI DAN MAMA DANISYA
BERRUSAHA MENCIPTA "SINGGANG GEARBOX TOKJORO"

"NAK CUBA ..DATANG LA.........!"
KATA ALU-ALUAN DARI MAMA DANISYA

25 Ogos 2009

PERJALANAN KE KELANTAN

Pada 21hb baru ni hari jumaat jam 10 pg abeli sekeluarga bergerak dari Jerantut menuju ke Kelantan.. perjalanan pagi tu lancar. dgn cuaca yang terang.. susana jalan yang tidak sibuk.. tiada banyak kenderaan pada pagi tu... tapi yang menarik nya bila lepas je bukit tujuh tu.. tetiba anak abeli yang darjah 3 tu tanya abeli.. kenapa dia orang tu dirikan pemancar tu tengah jalan..


bila sampai dekat rupanya pemancar tu.. atas bukit tepi selekoh.. kita orang gelakk... ramai-ramai..


Setibanya kami di kg "BERHAMAH" dalam daerah Merapoh.. banyak terdapat gerai menjual buah-buahan. Anak abeli yang berusia 4 tahun tu cakap.. 'ayah berhenti beli buah solok lada "buah apa.. dik solok lada.. ? "ala buah yang kulit dia ada duri tu... yang tok mi beli masa dia datang rumah kita ari tu.." ooo.. buah salak.... sekali lagi kami tergelak.. jadi kami singgah la..



setelah selesai membeli buah-buahan .. kami meneruskan perjalanan... keluarga kami kalau pergi ke kelantan mesti singgah kat kelinik kesihatan merapoh.. nak tau kenapa.. Adik abeli.. Roslan . penduduk merapoh panggil dia che lan.. di pemandu kat klinik tersebut.. abeli skeluarga di sambut oleh adik abeli sekeluarga..


CHE LAN DAN KELUARGA
sambil kami bebual-bual di beranda quarters klinik tempat adik abeli tinggal tu abeli ternampak 2 bukit batu kapor.. menarik bukit tu... abeli tanya adik abelui apa nama bukit tu.. dia jawab.. penduduk merapoh panggil bukit tu bukit "KOPEK".. aaahh.. terkejut gak abeli.. lucahnya nama bukit tu...

GAMBAR BUKIT KOPEK

Kami bergerak dari merapoh menuju ke gua musang dan ke kota baru kul 3 ptg.. setibanya kami di perkampungan felda Paloh satu berlaku satu kemalangan. sebuah van dgn 9 penumpang dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Terbabas kedalam curang boleh tahan dalamnya.. semasa abeli tiba.. penumpang sudah keluar dari van tersebut .. tiada yang maut.. cuma cedera ringan dan 2 orang patah tangan.. menurut pemandu van tersebut dia terlelap semsa tiba di selekoh tersebut







20 Ogos 2009

HARI PERTAMA PUASA

ASSLAMUALAIKOM.. pengunjung blog abeli.. selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.. dan Salam satu Malaysia untuk kemerdekaan negara kita yang ke 52... Hari ni 20hb ogos 2009 bersamaan 29hb syaaban1430H.. malam ni kita dapat tau bila kita mula berpuasa.. samada esok (jumaat) atau lusa (sabtu).. mintak-mintak la hari sabtu... abeli bukan apa.. mengikut tradisi.. keluarga abeli.. biasanya.. hari pertama puasa.. abeli akan berpuasa di kelantan rumah mertua abeli.. jadi malam ni.. abeli kerja malam lagi.. masuk 7pm keluar 7am.. esok abeli ambil cuti 2hari 21hb-22hb..manakala 23hb-24hb pulak abeli memang hari rehat selepas sift malam.. jadi 4hari la cuti... kalau tak ada apa halangan... abeli akan bergerak dari Jerantut ke Kelantan (Pengkalan Chepa) pada pagi esok 21hb... kalau tak puasa esok... ok sikit.. maklum la melalui.. Jalan kerambit.. kuala lipis..Gua Musang..Kuala krai.. Machang.. Kota Bahru.. baru sampai ke pengkalan chepa.. biasanya abeli drive..slow n stedy je... takut nk pecut laju-laju.. bisanya 5-6jam perjalan ..sampai la....dari jerantut ke lipis.. jalan bengkang bengkok... lipis kegua musang.. pun sama.. lagi mencabar.. pendakian dan turun bukit tujuh tu... pehhh.. boleh tahan jugak... yang membuat kan kita tak rasa letih tu... pemandangan.. di sepanjang perjalan ...menarik.. kepada sahabat yang biasa dari kuala lumpur ke pantai timur melalui gua musang pasti tau.. tapi yang paling seronoknya hari pertama berpuasa... kat kelantan ni jaudah berbuka puasa.. memang banyak.. bermacam-macam kuih muih,lauk pauk... semuanya membuat kan kita tak sabar..kalau kita ke pasar ramadan kubang krian tu.. mabuk di buatnya dgn mcm-mcm kuih.. dan namanya pelik-pelik..tapi semuanya pasti manis-manis... mcm anak dara.. kat situ..maklum la negeri cik siti wan kembang.... tengah buat catitan.. ni pengumuman puasa dah buat... ye..ye.. puasa hari sabtu...22hb.. esok tak la letih sangat.. nak drive.. ke kelantan.. lapar boleh makan... jadi buat semua sahabat blogger yang membaca catitan ini.. doakan abeli selamat sampai ke kelantan dan balik kepahang... nanti boleh abeli ceritakan dlm blog ni .. macam mana berpuasa dan berbuka.. di sana.. dan jenis jenis makan yang pelik-pelik... di sana... akhirkata.. selamat berpuasa... n selamat hari raya...( org pertama ucap raya pada sahabat blogger)... jgn posa yang yok pulak.. bangun pagi buka periuk .... he.he...muahhhh......

17 Ogos 2009

Adoooi......! kantoi lagi.....!

Hari ni 17 hb .. isnin... abeli bukan nak cerita pasal hari ni... tapi...jumaat 14hb 2hari yg lepas... giliran sift kena kerja malam.... kebetulan partner sift kena kerja pula dgn usop... en usop... ni dia kerja dah lama kat stesen pemancar RTM bukit istana... nak banding dgn abeli.... mcm langit dgn bumi... abeli baru je tukar ke unit ni... 1tahun 8 bulan baru... tengok peralatan dalam ni mcm tikus tengok besi... terkebil-kebil .tak tau nk petik suis mana...en usop ni dah 20 tahun berkhidmat kat sini... dulu mula2 kerja dia cakap... kerja tukang spu je... kat TM ni... berkat sabar dan kerja yang penuh tanggung jawab... dari buruh am.. naik artisan.. kemudian skrg ni dah juruteknik... alaaa org kampung panggil "tecnison" tu.... mcm jawatan abeli gak..berbalik ke cerita malam jumaat...Malam tu... tepat jam 0105 pgi siaran rtm 1 dah tamat... abeli pun tanpa belengah-lengah lagii... mempersiap kan diri untuk TIDO.....
bila toto di bentang... bantal... di tepuk 3 x.. sambil membaca..doa dan serangkap pantun... KALAU NAK GUGUR... GUGUR LAH NANGKA... JGN MENIMPA SIRANTING PAUH.... Ewaaaaahhhh... KALAU NAK TIDUR.... TIDURLAH MATA... JGN TERKENANG.. ORANG YANG JAUH....lps tu abeli possing baik2... luruskan kaki... acu nak terlelap....tiba...tiba... terus terlena... sedang asyik di buai mimpi... abeli terkejut dari tidur... en.. usop... dgn slambe nya mengejutkan abeli... "aeli... abeli... bvangun.. nape TV dua2 tiada siaran"...dgn muka yang moyok nya abeli bangun..... kul berap skran ni ... dah 0520pg... dari saat itu lah seluruh penduduk jerantut.. dan kawasan yang menerima siaran rtm1 rtm2... di opancar dari bukit istana tidak dapat menerima... siran..terputus langsung... mengelabahlah abeli dgn... usop.. tergaru-garu mcm berok mat yeh kena belacan.. nak petik yang mana.. ni... wwaaaaaa....waaaaa.... haru..haru... tapi abeli cool je... tak panik pun... abeli cll razak.... jak siaran tv breakdown.... ok..ok... kata dia ..jap lagi aku sampai...
xcek puya cek... tak dapat apa problem.... masuk hari ni dah 3 hari dah orang jerantut x dapat tengok tv1 dan tv2....yang datang chek... dah ramai dari kuantan.. kuala lumpur... semua yang datng tu yg hebat2... kul 1100pgi tadi... jumpa la..apa penyakitnya... cabel terbakar.... meletup kena petir..... di sini abeli bukan apa... tadi.. boss cakap..."EN ROSLI sila jawab surat tunjuk sebab.. kenapa lintar pintas belaku pada alat penerimaan siaran RTM.. sebelum hari khamis ni serah kepada saya"................. Adooooisss... Kantoi lagi...... *KEPADA SEMUA PENDUDUK JERANTUT DAN KAWASAN YANG SAMA WAKTU DGNYA.. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF BAGI KESULITAN PENERIMAAN( GANGGUAN) SIARAN RTM1 DAN RTM2.. BERMULA 14HB lagi.. kesulitan amat di kesali.. pihak kami akan berusaha memperbaikinya secepat mungkin...*

04 Ogos 2009

ASAL USUL KG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG - KG ABELITOKJORO



KAMPUNG ANAK GAJAH

Kg Anak Gajah terletak di kawasan Batu Balai dalam daerah Jerantut. terletak di km 40 jln Benta-Jerantut

penduduknya terdiri dari masyarakat melayu mojeritinya berasal dari kelantan. Kg Anak Gajah di buka pada awal tahun 60 an oleh beberapa individu yang merantau dari kelantan. Mereka meneroka tanah hutan, menebas menebang dan bercucuk tanam dan berkebun.. tanaman utama peneroka baru ketika itu adalah getah.di samping tanaman kontang seperti padi bukit,pisang,keledek,jagung,dan lain-lain...



CHE DERAMAN CHE SOH

Di antara peneroka awal yang membuka perkampungan ini termasuklah CHE DERAMAN CHE SOH.(Pakcik deraman) CHE YAAKOB allayarham(paksu kob) CHE HARUN. CHE ISHAK allahyarhamALI BIN SENIK dan beberapa ramai lagi penduduk kebanyakan telah kembali kerahmatullah dan sekarang tinggal sebilangan sahaja generasi pertama.. kini generasi kedua mewarisi dan meneruskan perjuangan yg belum selesai..

Dulu kg Anak Gajah di kenali sebagai kg Batu 35 bukit kor Batu Balai. Menurut cerita peneroka awal kg anak gajah iaitu Che Deraman Che soh. Dalam tahun 1964 ketika hasil tamanan pertanian di kg itu mula mengeluarkan hasil .Pada sebelah malam sekumpulan gajah telah memasuki kebun dan merosakan tanaman dan hasil pertanian.

Bila siang menjelma gajah-gajah tersebut masuk semula ke hutan.. pada suatu hari ketika kumpulan gajah tersebut masuk kehutan terdapat seekor anak gajah yang tersesat dari kawanan gajah dewasa dan di tinggalkan ibunya.Lalu penduduk kg tersebut menangkap anak gajah tersebut dgn menggunakan rotan. lalu di tambat di sebatang pokok. dan di beri makan oleh penduduk kg. apabila di hampiri di dapati anak gajah tersebut telah tercerdera di kaki terkena duri pokok bayas.. setelah mendapat kata sepakat. penduduk kg telah memberitahu kepada jabatan perhilitan. dan jabatan perhilitan membuat pemantauan di mana mendapati kecederaan anak gajah tersebut sangat serius dan tak dapat di ubati lagi.setelah bermesyuarat akhirnya keputusan di buat.. anak gajah tersebut di tembak mati.. Sebelum anak gajah tersebut di tembak ..peristiwa tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Tan Sri Ghazali Shafie.. di mana dia datang ke kg tersebut untuk melihat sendiri... dan telah bersetuju anak gajah tersebut di tembak.... lalu di kubur kan di kg tersebut....
Setahun kemudian..Pada awal tahun 1965 Tan Sri Ghazali Shafie telah datang ke kg tersebut dan dengan rasminya memberi nama kampung batu 35 bukit kor sebagai

" KAMPUNG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG "

sumber- rujukan.............Che Deraman Che soh....peneroka asal Kg Anak Gajah.

01 Ogos 2009

HIDUP INI SEKEJAPNYA

Hari ni sabtu 01-08-09. pejam celik- pejam celik dah masuk bulan 8... sekejap sungguh masa berlalu.. betul la kata tok ki saya dulu.. malam2 sebelum tidur..abeli dgn adik2 menongkat dagu kat depan tok ki.. bkan apa kita orang suka sangat degar cerita hantu... ada satu masa tu tok ki kita orang kata.." ingat anak cucu semua.. hidup kita atas dunia ni sekejap je... Bila kita lahir kita di AZANkan.. dan bila kita mati kita di QAMAT kan.. jadi hidup kita antara AZAN dengan QAMAT.. SEKEJAP nya..kan..kan.. Kata tok ki lagi..
sekejap kita duduk...
sekejap kita berdiri..
sekejap kita bjalan..
sekejap kita belari..
sekejap kita bangun..
sekejap kita tido..
Tok ki kata lagi...
sekejap ye.. atuk sakit perut.. nak g tandas... lepas ni atuk cakap lagi...
( sambil belari ke tandas )
chehhh... kita orang punya nak tegelak sampai begulig..guling.. ada yang
SELOK KERO...
Tapi... kan itu semua kenangan mcm semalam baru berlaku... sekejap kan..
masa berlalu...
ok lah.. bila sebut bulan 8 ( ogos ).. semua tau ni bulan kemerdekaan... merdekanya negara kita dari penjajahan.. tapi.. betul ke kita semua ni dah dah betul-betul merdeka... dari penjajahan..
cuba amati lirik lagu ni...
DALEMA MELAYU KITA
Apa erti kemerdekaan.. bagi umat melayu kita..
tidak mau perubahan..anak cucu berputih mata..
bangsa lain rebut peluang.. kenapa kita tengok saje..
masa tetap berjalan .. sesaat tak tunggu kita...
bangsa lain hidup bersatu.. kita kelahi sama sekampung..
bangsa lain makin maju.. bangsa kita makin mundur..
orang cakap pecaya selalu.. angguk kepala macam jepun
ikut cara dulu-dulu.. macam katak bawah tempurung
anak orang naik kapal terbang.. anak kita naik teksi
anak orang makan kat hotel.. anak kita kedai kopi.
anak orang jual barang( dadah ).. anak kita yang beli
tak de duit sanggup berhutang.. rantai bini jual lagi..
anak orang pergi masjid.. anak kita tepi jalan..
anak orang asyik mengatip.. anak kita asyik begeweng( bercinta)
anak orang peragai baik.. anak kita macam jembalang..
dok cari bala penyakit.. tak nak pikir masa depan..
anak orang baca buku.. anak kita asyik bederap (buang masa)
anak orang minum susu..anak kita minum ubat..
anak orang masuk u.. anak kita masuk lokap..
macam mana kita nak maju.. kalau tidak berubah sikap.....
Jadi.. fikir-fikir kan lah... berhati-hati lah dalam menempuh pancaroba kehidupan kita di dunia yang hanya SEKEJAP ini.. ingat lah yang tersayag... Anda mampu megubahnya...
*artikal abeli ni kan entah apa-apa.. kan..kan..kan....... wsalam..