SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

09 Oktober 2012


ِإن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ( Ali Imran : 160 )
ULASAN  AYAT:
  1. Jika ingin kejayaan yang dapat kekal lama, jangan mudah lupa daratan, ingat asal usul. Jangan mudah lupa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita yang selama ini setia menemani kita, bersahabat dengan kita ketika susah dan senang.
  2. Ramai yang tewas dihujung usia kerana waktu masih muda, kuat, kaya dan berjaya dalam hidup tapi kerana mudah lupa iaitu dengan mengabaikan ALLAH, ibubapa dan anak isteri atau suami. Akhirnya mereka tewas diusia senja.
  3. Berjaya ataupun gagal, perlu ditangani dengan bijak. Lazimnya, apabila kita berjaya, kita akan di kelilingi oleh mereka yang berjaya juga kerana dengannya kita merasa perjalanan kita menjadi mudah dan pantas. Manakala disaat kita tewas, kita dikelilingi oleh mereka yang gagal juga. Ketika inilah perjalanan kita menjadi perlahan dan sukar.
  4. Apabila kita selesa berteman dengan mereka yang berjaya, ianya bagus sekiranya kita tidak lupa erti kegagalan. Namun janganlah sampai kita lupa daratan sehingga kita lupa kita pernah tersembam dalam kehidupan. Bila kita bersama dengan mereka yang gagal pula, ia tidak bagus sekiranya kita lupa, hanyut dan kita tidak ingat yang kita pernah berjaya dulu sehingga bila kita sudah gagal, kita tidak berani untuk mencuba lagi. Ingatlah, bahawa ALLAH dan rasul tidak suka kepada manusia yang mudah putus asa dalam hidup. WALLAHU’ALAM

25 April 2012


Kisah Helang dan Ayam


Pada suatu hari seekor helang sedang berlegar-legar di angkasa. Tiba-tiba dia ternampak seekor ayam sedang mencatuk-catuk tanah mencari cacing. Senyap-senyap dia terbang menuju ke arah ayam dan hinggap betul-betul di belakang ayam. Ayam sangat terkejut akan kemunculan helang dan pada fikirannya hari ini adalah hari terakhir baginya untuk hidup di dunia ini. Tanpa berlengah dia pun merayu pada helang.. 'En. Lang, tolonglah jangan kau makan aku lagi. Aku ada ramai anak yang perlu aku jaga. Kalau aku tak ada.. siapalah nak carikan makanan untuk mereka'.

Burung helang tadi terpinga-pinga mendengar rayuan ayam tadi. Lalu ia pun berkata.. 'Relaks Che Yam, relaks... bawak bertenang'. Kata helang lagi.. 'Aku datang ni bukannya nak memakan kamu tapi aku ingin belajar sesuatu dari kamu'. Ayam berasa lega mendengar kata-kata helang tersebut. Antara percaya dengan tidak ayam bertanya kepada helang. 'Apa yang hendak awak pelajari?'. Jawab burung helang ' Aku hendak kau ajar aku bagaimana makan dengan cara mencatuk. Aku dah puas terbang'. Ayam pun berkata ' Ooooo boleh, boleh En. Lang. Tapi boleh tak En. Lang mengajar pula saya terbang. Saya pun teringin juga terbang. Sejak dari kecil lagi saya bercita-cita untuk terbang. Sampai sekarang tak dapat. Apa kata kita bertukar-tukar kemahiran?'




Mendengar cadangan ayam tadi maka burung helang pun bersetuju. Maka mereka pun menetapkan tarikh dan jangka masa kursus. Dan kedua-duanya saling bertukar-tukar kemahiran. Kata orang mereka mengamalkan konsep 'menang-menang'. Mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Dan setelah dua purnama berlalu maka sampailah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari ujian.

Burung helang memulakan ujian dan dapat mencatuk banyak cacing dalam masa yang singkat sahaja. Sampaikan ia berkata pada ayam 'cukuplah untuk hari ini, dah penuh dah tembolok aku'. Begitulah kenyangnya burung helang pada hari itu. Kemudian tiba masanya bagi ayam pula. Lalu ia pergi ke satu kawasan yang tinggi dan meluncur laju. Dan tup-tup ia mampu terbang. Wah.. bukan main suka lagi ayam kerana akhirnya dapat juga jadi juruterbang. Setelah lama di awangan maka ia pun turun ke bumi dan berjumpa dengan helang dan mereka berdua saling bersalam-salaman sambil bertukar-tukar 'diploma'.

Keesokan harinya burung helang terbang di udara dan dia melihat ayam sedang mencatuk makanan. Maka burung helang itu pun menegur ayam. 'Che Yam, pasal apa kau masih mencatuk?. Ayam secara spontan menjawab .. 'Dah kau tu kenapa masih terbang?'.

Begitulah kisah situasi yang banyak berlaku sekarang. Ramai orang belajar bertahun-tahun dalam pengkhususan tertentu. Namun bila dapat diploma atau ijazah mereka mensia-siakan apa yang telah dipelajari. Walhal begitu banyak sudah wang dan tenaga yang dicurahkan. Alangkah baiknya kalau mereka boleh merancang dari awal dan buat apa yang mereka betul-betul minat dan buat perkara tersebut sampai menjadi 'pakar' dalam bidang berkenaan.

Dan yakinlah bila anda telah menjadi 'pakar' maka rezeki akan datang mencurah-curah kerana anda akan menjadi tempat rujukan dalam bidang berkenaan.

Cerita Pengembaraan Seekor Semut



Ada seekor semut yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Kuala Berang, Terengganu. Pada suatu hari semut ini sedang merayap-rayap seekor diri di atas baju kot tuan rumah tersebut. Tiba-tiba datang tuan rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa serta menyambar baju kot tersebut dan memakainya sambil berjalan. Ia tidak perasan yang ada seekor semut sedang bersembunyi di belakang kolar baju berkenaan.

Kemudian ahli perniagaan tersebut terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya. Kereta tersebut berhenti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Rupanya beliau ingin ke Kuala Lumpur, ada mesyuarat tergembar pada pukul 11.30 pagi katanya. Dari KLIA, ahli perniagaan tersebut terus menaiki ERL ekspress ke KL Sentral. Dia kemudiannya dijemput oleh seseorang yang sedia menunggunya dan terus dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Ahli perniagaan itu akhirnya sempat menghadiri mesyuarat yang sangat penting di situ tepat pada masanya. Daripada perbualan mereka, tahulah semut tersebut bahawa dia berada ditingkat 80 ketika itu.

Sebaik sahaja habis mesyuarat, ahli perniagaan tersebut tergesa-gesa keluar dan terus ke KLIA. Dari situ dia mengambil penerbangan malam ke Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita akhirnya mereka tiba semula di rumah pada pukul 10.30 malam di Kuala Berang.

Berbalik kepada cerita semut tadi... setibanya di rumah, dia dapati ramai ahli keluarganya berkumpul. Rupanya mereka menyangka semut tersebut telah hilang atau dicolek oleh kerengga di belakang rumah tersebut. Selepas mereka berjumpa dengan semut tersebut, maka bertanyalah mereka ke mana dia pergi sehari suntuk. Semut tersebut pun menjawablah dengan sejujur-jujurnya.... Kuala Lumpur!

"Haahahahaahaha... kau jangan nak kelentong kamilah. KL tu berjuta-juta km (ikut ukuran semut) dari Kuala Berang. Kau jangan cuba nak tipu kami. Macamana kau boleh pergi dan balik pada hari yang sama? Tak logik, tak logik!" Begitulah hal keadaannya pada hari itu. Jadi terpaksalah semut tadi menerangkan satu persatu cerita dari awal hingga akhir pengembaraan beliau. Alhamdullillah.. sebahagiannya mempercayai cerita tersebut tetapi ada juga di kalangan mereka yang berkeras tak mahu mempercayainya. begitulah kita sebagai manusia.... sesuatau yang di sampaikan  kepada kita...untuk mengajak kearah kebaikan  bukan semua mempercayainya... hanya sebahagian saja yang percaya.....sebagaimana...kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isya' dan Mi'raj. Kalau Allah mengizinkan ianya berlaku, tak ada apa yang mustahil di alam ini.

Cerita Anak Burung Helang



Pada suatu hari seorang orang asli di hutan Amazon merayau-rayau di dalam hutan bagi mencari rezeki. Tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang berlegar-legar di atas sebatang pokok yang tinggi. Rupa-rupanya burung tersebut mempunyai sarang di atas pokok berkenaan. Orang asli itu pun menunggu dengan sabar sehinggalah burung helang tersebut meninggalkan sarangnya.

Tanpa melengahkan masa orang asli tadi pun memanjat pokok itu dan mendapati terdapat beberapa biji telur di sarang tersebut. Dia pun mengambil kesemua telur itu dan dibawa balik ke rumahnya. Sesampai dia di rumah, orang asli berkenaan meletakkan sebiji telur untuk diramkan oleh ayam betinanya manakala yang lain untuk sarapan.

Dipendekkan cerita, menetaslah telur tadi bersama telur ayam yang lain. Maka hiduplah anak burung helang tadi bersama ibu dan anak-anak ayam yang lain dengan mencatuk dan memakan cacing, nasi dan sebagainya. Apa yang ayam buat itulah juga yang dilakukan oleh anak burung helang tersebut.

Pada suatu hari sedang anak burung helang mencatuk cacing, tiba-tiba dia terlihat ada seekor helang sedang berlegar-legar di udara. Maka berkatalah anak burung helang itu di dalam hatinya... "Alangkah bagusnya kalau boleh jadi macam burung helang yang sedang terbang itu..."
sememangnya anak burung helang itu tidak sedar dan tidak tahu...yang dirinya adalah seekor helang... yang memiliki kehebatan dan kebolehan terbang di angkasaraya.. boleh berada di puncak yang tinggi...
seperti mana kita manusia mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan.tetapi kita tidak mahu mencari kelebihan yang di anugrahkan kepada kita lalu digunakan sepenuhnya. Hanya 10% sahaja yang kita gunakan manakala 90% lagi tidak dikeluarkan. Orang lain yang berjaya.. menggunakan semaksima mungkin keupayaan dalam diri mereka. kenapa kita menjadi begini... lemah, tidak bermaya..mudah di pengaruhi... kerana kita hanya melihat keindahan dan ke enakan hanya yang ada di depan mata kita....milik org lain...seperti kita melihat pelangi yang cantik berwarna warni...sentiasa muncul di atas kepala orang lain... tidak pernah di atas kepala kita.... sedangkan orang lain melihat pelangi itu sentiasa muncul di atas kepala kita.... kenapa kita masih tidak sedar.....
Kerana kita masih bersikap seperti anak ayam.... mengikut kemana ibunya pergi walau mencari makan di dalam lubang yang dalam." fikir-fikirkan lah.

Antara sebab mengapa mayat firaun masih terpelihara

Antara Sebab Kenapa Mayat firaun Masih Terpelihara


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
 
 
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.



Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

 . Subhanaallah

16 April 2012

PUKUL IBU DGN BESEN.


Pukul ibu dengan besen
Wartawan Sinar Harian
16 April 2012

CHUKAI – Berang kerana tidak diberikan wang, seorang penganggur tergamak memukul kepala ibunya sendiri dengan besen sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan biadab berkenaan menyebabkan si ibu malang berusia 58 tahun itu tergamam dengan tinda­kan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang, bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

“Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang,” katanya semalam.

Sehubungan itu, katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan parah.

15 April 2012

Kisah Wanita Termimpi Lelaki Bertawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji


Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya.

Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya.

“Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?” Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung.

Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama? Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut?

Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau:

“WAllahu A`lam. Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.” Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji. Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang). Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…” Jawab Tuan Sheikh tersebut.

“Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur.” Sambung Tuan Sheikh lagi.

“Oh begitu. Terima kasih kerana sudi menjawabnya. Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?” Tanya wanita itu melalui telefon.

“Ya, boleh. Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?” sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau.

“Ya, saya kenal beliau.” Jawab wanita tersebut dengan ringkas.

“Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau.” Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu.

“Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!” Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio.

Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya. Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf. Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan. Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain.
Download poster Haji ini!

Kisah di atas telah disampaikan di dalam satu ceramah yang telah diadakan di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang oleh Ustadz Syed Nurhisham sekitar tajuk haji pada 2 Dzulka`idah 1432H bersamaan 30 Sepmtember 2011. Beliau tidak menyebutkan siapakah gerangannya nama Tuan Sheikh yang dimaksudkan.

SubhanAllah! Betapa hikmah dan luar biasa sekali jawapan Tuan Sheikh tersebut. Beliau nampak apa yang saya dan orang lain tidak nampak. Jawapan beliau sangat-sangat di luar jangkaan. Beliau memberikan tafsiran yang bukan calang-calang tafsiran. Dan tafsiran beliau dijawab berdasarkan pemahaman beliau terhadap nas dari al-Hadith. Malah kebaikan dari ilmu tafsiran beliau dikembalikan kepada beliau oleh ALLAH `Azza wa Jalla dalam bentuk kemuliaan!

Saya tidak dapat menahan emosi saya selepas mendengar kisah ini. Sangat sebak rasanya. Betapa beruntungnya Tuan Sheikh tersebut. Beliau telah diberikan kemuliaan oleh ALLAH `Azza wa Jalla di hadapan jutaan manusia sejak di dunia lagi. Khabar gembira seperti ini jarang didapati oleh mana-mana manusia melainkan sangat sedikit.

Saya telah menyemak hadith yang dimaksudkan oleh Tuan Sheikh tersebut, iaitu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap hamba-hambaNYA yang memperolehi haji mabrur, diri ini tersangatlah rasa penuh harap dan memohon agar dikurniakan dengan haji yang mabrur juga. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji yang mabrur, yang maksudnya:

“Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (peng-hapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Syurga.” (HR. Malik, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

ALLAHU AKBAR! Mudah-mudahan kita semua memperolehinya. Dan untuk memperolehinya, mestilah kita letakkan usaha yang sungguh-sungguh mulai sekarang, doa, tawakkal dan penuh harap kepada ALLAH Jalla wa A`la agar kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang beruntung, amin…

LabbaiKA ya ALLAH! LabbaiKA ya ALLAH!
-----

Ustaz Azhar Idrus
















  • ‎" 40 HARI "

    Bermula dgn Titisan Air mani...
    bersatu... bagaikan senyawa...
    bermetri ikatan sejati....
    kukuh kejap dan jitu.

    40 hari.....
    Air mani menjadi darah..
    likat... pekat... hanyir dan busuk...
    bergerak.....
    mengikut aturan penciptanya..
    Bergumpal...bergelumangang...
    berbuih...membetuk seketul daging....

    40 hari...
    Daging membentuk tulang.....
    dari selembut mu membeku keras...
    menyentap rentap.... menunjal...

    40 hari....
    Tulang di balut dgn daging...
    Termetri rapat...bagai isi dgn kuku......
    terpisah...tidak sama sekali....

    40 hari....
    Terbentuk satu lembaga...
    Di panggil " JANIN "Lalu...
    Di perintah oleh maha pencipta...
    " Tiupkan ROH ke dalam jasad anak adam itu..."
    Lalu...Ditetapkan olehnya 4 perkara...
    1. Rezekinya...
    2.Jodoh Pertemuannya.
    3.Ajal Mautnya...
    4.Tanah Kuburnya...

    40 hari....
    Janin membentuk lembaga manusia.......
    dan allah berfirman
    " Tidak aku jadikan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian. "

    Abeli Rosli ...09/03/2010...03:00am..hakcipta terpelihara.