SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

22 Jun 2009

KG. GUSAI TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG

CATITAN PERJALAN SEORANG PHOTOGRAFER-amatur
KG GUSAI ULU TEMBELING JERANTUT PAHANG
Apa yang anda tahu tentang mandi sampan " Mandi sampan "
adalah satu adat tradisional yang masih di amal kan oleh penduduk di perkampungan di pinggir sg pahang bermula dari KG PAGI..KG KUALA SAT.. KG BANTAL.. KG GUSAI dan KG di sekitar tebing sungai pahang
Kali ini ABELI nak ceritakan tentang peristiwa ABELI ke KG GUSAI...
Pada 19-20-21 hb june baru2 ini Abeli telah menerima tempahan untuk PHOTOGRAFER majlis perkahwinan diantara ISMAIL BIN MOHD AKIB
dan HASNIZAH BT ABD RASHID di Kg Gusai Ulu Tembeling Jerantut Pahang. Abeli bertolak dari bANDAR JERANTUT JAM 1245PM. tiba di jeti Taman Negara jam 0145 pm.. di mana bot telah di sediakan oleh pihak pengantin untuk ke kg gusai... menurut pemandu bot.. sekiranya air tidak cetek kami akan sampai ke kg gusai dalam pukul 0600 pm... memakan masa 4-5 jam perjalan dgn bot.... jadi kami begitu seronok dapat pengalaman baru menaiki bot (mudik) dan melihat pemandangan di sepanjang tebing sg pahang.....
Perjalan dgn BOT memakan masa 4-5 jam untuk sampai ke kg gusai



pemandangan sepanjang sungai pahang

PEMANDANGAN PERKAMPUNGAN
ORANG ASLI SUKU KAUM BATIK

Jeram yang terpaksa di tempuhi di sepanjang perjalanan


kami tiba di kg gusai jam 645 ptg dah hampir gelap dah...




kami di sambut oleh penduduk kg Gusai.. dgn penuh ramah dan mesra
Setibanya di kg Gusai kami di sambut oleh penduduk kg dengan mesra sekali
di mana kami di tempat kan di rumah salah seorang penduduk di situ..
kami di maklumkan majlis akanakan di adakan 3hari 2 malam. bermula mlm ni 19hb(jumaat) dan akan berakhir 21hb jun (ahad) dgn penduduk keluar beramai-ramai begotong royong berkerja sambil di hibur kan dgn persembahan 'kara ok' penduduk setempat sahingga jam 3pg....
Pada pagi 20hb (sabtu) kerja2 gotong royong di teruskan lagi dg sembeli kerbau di mana 2 ekor kerbau telah tumbang.....
Majlis akad nikah telah di sempurnakan pada minggu lepas...pada sebelah petangnya sekitar jam 230 ptg kami memulakan progam photografer 'OutdoorPossing di pinggir SG pahang.....
Pada update blog yang akan datang ABELI ceritakan tentang '
BERARAK PENGANTIN' Pada jam 500ptg..
persandingan pada jam 900mlm serta
MANDI SAMPAN pada pgi 21hb jun
( mcm pesta songkran di Thailand)
.. tunggu..
mungkin esok.......
menarik ceritanya......
MENGAPA TAK PERCAYA....... KER..???

1 ulasan:

NaqeebLukhman berkata...

salam Abeli...

sonok weyhh naik sampan...
rasa nak terjun jer kesungai tu...

pengantin pun nampak happy... mmg luarbiasa... unik!