SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

20 April 2009

DI HEMPAP POKOK KELAPA

DI HEMPAP POKOK KELAPA
Kg Melayu Jerantut 19 April 2009. Pada jam 400 ptg semalam satu kejadian ribut melanda bandar jerantut. walupun ribut melanda seketika sahaja.. lebih kurang dalam 5 minit . Namun kesan dan akibat dari peristiwa tersebut telah menyebabkan En. Ismail seorang pengusaha kedai makan di gerai MDJ mengalami kerugian Rm 5000.00 akibat rumah yang di sewanya di kg Melayu Jerantut hampir musnah serta memusnahkan peralatan rumah. Akibat di timpa pokok kelapa.. ketika kejadian berlaku en.ismail dan isterinya baru memulakan perniagaannya jam 3.00 ptg. Di rumahnya hanya tinggal anak-anak beliau sahaja... Pokok kelapa tersebut tumbang lalu menghempap di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Hampir menghempap anak perempuannya. yang berusia 13 tahun. Namun anak beliau hanya mengalami cerdera ringan sahaja. Di rawat di Hospital Jerantut sebagai pesakit luar. Menurut anak pertama beliau Zulkifli ismail 21 tahun. ketika kejadian beliau baru pulang dari bandar jerantut dan mendapati rumahnya telah di hempap pokok kelapa. dimana adik perempuan masih berada di bawah timbunan kepingan zink dan kayu yang roboh.. " saya terkejut melihat adik saya pengsan. lalu meminta bantuan jiran bagi menghantarnya ke hospital. Syukur allhamdullah adik saya hanya mengalami cedera ringan dan terkejut saja" ujarnya sambil mengenangkan di mana nak tido malam ni....