SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

29 November 2009

"INI BUKAN CERITA BOMOH EKOR.."

Tapi cerita berebut ekor lembu korban..

saksi kan peristiwa trajis yang berlaku pada pagi hari raya korban di rumah mak abeli.. yang berebut tu adik bongsu(baju biru) yang baju merah tu anak sepupu.. dan sorang lagi tu sepupu.. kami sekeluarga berkumpul berkongsi 7 bahagian seekor lembu.. untuk berkoban di aidil adha ini.. beginilah kami anak beranak bila berkumpul.. haru biru ... huru hara.. jadi nya... saksikan...

27 November 2009

"TAPAK KAKI SEBESAR 2 JARI"

Assalam mualaikom warohmatulohi wabarokatuh ....Salam Aidil Adha.... maaf zahir batin..
Buat pengunjung blog Abeli....
seperti biasa..
seperti dulu-dulu..
walau dimana kita berada..
selagi kita bernama muslim.. yak ni org-org islam... seluruh dunia menyambut aidil adha.. baik sesiapa pun ceritanya tetap sama.. menyambut aidil adha... korban dan pengorbanan
apa yang di korban dan apa yang terkorban... di dalam hiruk pikuk suasana majlis korban.. abeli termenung memikirkan.. bermula dgn haiwan korban di ikat.. disembelih.. di siangkan.. di sedekahkan.. di masak ..dan di makan... dan setelah kenyang.. apa yang tinggal pada kita... kita sedawa.. ketawa kekenyangan... apakah....?
Impak dari ibadah korban tadi meresap.. membaluti jiwa dan perasaan kita.. mendewasakah kita dalam erti pengobanan itu... penahkah kita terpikir... semenjak kita di lahirkan dgn tapak kaki sebesar 2 jari.. sahingga kita kini... berapa ramaikah yang telah berkorban.. untuk kita.. dan apakah pengorbanan yg kita telah korbankan untuk mereka..... kita... ya.. kita.. selalu lupa... selalu alpa.. dan kekadang kita menjadi manusia yang bakhil untuk menilai pengorbanan orang terhadap kita.. kita cuma melihat... apa yang kita beri pada mereka... dan kita tak pernah.. mahu menilai apa yang kita terima dari mereka... bakhilnya kita... tapi... bila kita sedar semasa kita menagis..ada orang ketawa... bila kita ketawa.. ada orang menangis... kita sebagai manusia.. yakni hamba allah..kita akan sedar pengorbanan org terhadap kita... bagai mana kita akan menilai semua itu...
Ingat!!!!... kita akan menempuh 4 keadaan ketawa dan menangis....
bila...?
bagaimana....?
1. kita menangis orang lain ketawa... bila mana kita di lahirkan kedunia... kita menagis kerana kita telah lahir kedunia yang kita lah yg menentu kemana arah kita di akhirat nanti..(mengikut teori sains kulit kita yang nipis apabila terkena udara di dunia ini terasa perit dan pedih..)
Orang lain ketawa... siapa yang ketawa... orang di sekeliling kita yg menyambut kelahiran kita..
itulah pengorbanan pertama org terhadap kita... ibu kita... meyabung nyawa melahirkan kita...
2. kita ketawa orang lain ketawa... bila mana... kita berkahwin... kita ketawa dapat..isteri.. isteri kita ketawa dapat kita.... orang lain juga ketawa kerana kita selamat di satu kan...
orang lain ketawa dapat makan.....
3. kita menangis dan orang lain menangis... bila mana.. izrail datang menjemput kita kembali kepada penciptanya... kita menagis melihat tempat kesudahan kita.. di atas kealpaan kita semasa di dunia... orang lain turut menangis di atas pemergian kita....
4. kita menangis orang lain ketawa..... bila mana.. kita merintih di alam barzah.... meratap.. meraong .. megharap simpati.. dari org-org yang kita tinggal kan di dunia... TAPI... org-org yang kita tinggal kan ketawa.. alpa.. dan lupa pada kita.... mereka asyik.. dgn apa yang kita tinggalkan di dunia untuk mereka... harta.. rumah.. wang... tv.. radio.. hiburan... mereka lupa kita.... adakah mereka fikir....mcm mana kita di sana.... megharap kan ... pengorbanan mereka pada kita..... penah kah anak-anak kita terfikir mcm mana susahnya kita membesar kan mereka dari mereka itu di ibarat kan " TAPAK KAKI SEBESAR 2 JARI" sahingga dewasa...... Itu lah kita........ seperti mana anak kita menilai pengorbana kita terhadap dia... seperti itulah kita menilai pengorbanan kedua ibubapa kita.... terhadap kita....

25 November 2009

SALAM KERINDUAN

IMEJ TERKINI "ABELITOKJORO"

Assalmualaikom kepada pengunjung blog abeli. berbanyak maaf di pinta di atas kelewatan abeli kemaskini blog.. dah lama rasanya abeli tidak dapat "update" blog terdapat masaalah pada server talian internet.. jadi sekarang dah ok dah.. segala kerinduan pada teman blongger terubat kini... salam manis penuh kerinduan...

04 Oktober 2009

BERAYA DI PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)

ASSALMUALAIKOM
SALAM AIDILFITRI
MAMA DANISYA BERSANTAI
DI Pantai Cahaya Bulan(PCB)

Anaknda LILY DANISYA Merenung masa depannya
tahun depan nak sek arab ke sek melayu..?

DIN BULAT bersama Lily Danisya
serta Lily Damia ( anak sedara )
sedang bersantai sambila mendendangkan lagu
lompat si katak lompat
Salam manis
buat pembaca blog Abeli.Raya tahun ni 1hb oct hingga 3hb oct ni lah baru Abeli dapat bercuti beraya... Di kesempatan cuti ni Abeli bersama Mama Danisya.. anak abeli Lily Danisya dan teman rapat Abeli Che Hayuddin Lebih di kenali dgn pangillan DIN BULAT.. Pailot di Sek Men Agama Tengku Ampuan Afzan ( TAHAP ) Jerantut. melancong ke kelantan.. bagi Din Bulat.. ini la pertama kali dia ke kelantan sebagai pelancong... dgn berbekalkan semangat dan masa yang terhad kami pun melancong la ke Pantai Cahaya Bulan.. Pengkalan Chepa.. bukan main lagi la seronoknya... anak Abeli bersama Din bulat.. bermain pantai... Mama Danisya.. berkenalan la pulak dengan pelancong dari Paris... namanya tak silap JAMILA.. " I am muslim from PARIS.. My parent from marocco.. i visit.. malaysia 3 week.. and then go Singapore.. Thailand.. ". itu la yang abeli dgr apa yang di bualkan dgn mama danisya.. abeli cuma anggukan kepala.." yes...yes... " itu je yang keluar dari mulut abeli.. bukan apa.. abeli masa sekolah dulu 3 pekara je tak lulus dalam bahasa inggeris ni pertama membaca.. kedua bercakap ..ketiga menulis.. semuanya gagal.. itu la sebabnya bila pelancong jumpa abeli bertanyakan sesuatu dia orang kata abeli sombong... bukan sombong tapi.. abeli takut.. bila abeli jawab pertanyaan dia orang bukan setakat dia org tak faham.. abeli sendiri pun tak tau nak kata apa... masa sekolah dulu pun cuma tau " yes ..no..allright.. thank you".. lepas tu nak belajar lagi cikgu mati.... ganti cikgu baru.. sekolah pulak runtuh.. malang sungguh nasib abeli.. itu la sampai sekarang ni pun.. tak pandai-pandai.. cakap orng putih ni...kalau nak cerita pasal raya ni kat mana- mana pun sama je.. ziarah sanak saudara.. rakan taulan sahabat handai.... bermaaf maafan .. lepas tu bedal kuih raya... org dah boring... jadi abeli cerita la pegi tengok pantai... maklum la kat jerantut mana ada pantai... lain la kat kuala lumpur... ada pantai.. PANTAI DALAM.. ari tu abeli pergi jumpa ABG YA (pendikir) kat pantai dalam tak de pantai pun...... he.he... apa pun nanti kita sambung balik cerita abeli.. besantai la bersamai photo yang abeli sediakan se adanya...
MAMA DANISYA bersama JAMILA


DIN BULAT
tanpa kompromi
berposing bersama
JAMILA
nampak macam taik cicak je..
sorang putih sorang gelap...

27 September 2009

SEMBAHYANG RAYA DI MASJID BARU..




Salam AidilFitri buat semua pengunjung blog Salam Dari Bukit Istana. abeli memohon ampun dan maaf seandainya selama abeli mengendalikan blog ini..Terdapat catitan.. gambar apajua yang menyinggung saudara dan saudari.. baru ni sebulan blog abeli tak dapat nak up date... xtau la kenapa.. ok lah.. untuk kali ni walau pun dah terlewat abeli nak cerita tentang sembahyang raya di masjid baru...... pada pagi hari raya abeli dan penduduk kg Batu Balai jerantut berkesempatan bersembahyang raya...di masjid Assyakirin batu balai yang dalam pembinaan di mana 70% hampir siap.. yang menariknya pembinaan masjid tersebut tanpa bantuan dari pihak kerajaan.. semua kos pembinaan masjid tersebut mencecah hampir rm300.00o.00 adalah sumbangan orang ramai.. orang perseorangan.. syarikat bumiputera..kutipan derma dari jamuan makan... dan sekarang pun masih memerlukan sumbangan dari anda semua... menurut imam muda masjid assyakirin Tuan Ahmad bin Tuan man " Pihak masjid masih lagi memerlukan bantuan dari segi kewangan.. barangan... dan apa jua yang bersangkutan dalam pembinaan masjid dan keperluan orang ramai.. untuk beribadah.. setiap sen yang dihulur kan adalah saham untuk kita sebagai bekal di akhirat nanti.."
Jadi kepada pengunjung blog abeli yang bermurah hati hulurkan lah derma melalui
a.c CIMB 06055010018931
Segala sumbangan iklas anda allah jua membalasnya.

Gambar dimana masjiid masih dalam pembinaan
masjid Assakirin Batu Balai Jerantut Pahang

mozek yang belum di pasang

tempat beruduk yang belum siap di bina

susana sembahyang raya di masjid assakirin

Dato Tuan Ibrahim Tuan man
sedang membaca khutbah raya





Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
sedang memberi duit raya



Duit derma dari parajemaah untuk pembinaan masjid

AJK Masjid sedang megira duit derma
jika anda ingin menderma sila bank in derma anda di
A.C CIMB 06055010018931

28 Ogos 2009

SINGGANG " GEAR BOX " TOKJORO


"SINGGANG GEAR BOX TOKJORO"
***lain dari yang lain***
SALAM RAMADAN AL MUBARAK..
Buat pengunjung blog abeli.. ha.. ptg ni hari ke lapan kita berbuka.. pagi tadi terpikir lagi.. apa benda la nak berbuka.. dah la lewat jam dah kul 10 pagi.. abeli ke pasar jerantut.. bila tiba je tempat gerai daging segar.. semuanya dah sold out.. yang tinggal.. tulang je.. pada tak ada langsung,, tulang ke tulang lah belasah je.. bila balik ke rumah potong dua.. mama danisya.. tanya.. "nak masak sop gear box ke...tulang ni..?".. tak la.. ayah rasa nak makan singgang gear box.. buat macam singgang daging tu .." jawab abeli.. dan bersusah payah la mama danisya.. kat dapur... rebus lama-lama sikit.. kasi empuk..biar daging yang melekat kat tulang tu agak-agak nak tanggal.. dah 3 kali tambah air baru masuk perencahnya.. resepi nak buat singgang gear box ni paling simple.. abeli pun xberapa tau... tapi abeli tengo Mama Danisya bubuh.. langkuas.. halia.. bawang goring.. garam.. gula.. lada kering.. dan sedikit perasa istemewa... budu.. dan hasilnya..."SINGGANG GEAR BOX TOKJORO" ha.. ni dia.... huh.. tak sabar-sabar...nak mencekik... aaaa... satu lagi... nak makan gearbox ni.. kena sedia pisau n strawww.. nak sedut tulang lembut kat dalam.. tu pehhhh...sampai bapak mertua abeli kat kelantan pun abeli dah tak nampak......

MAMA DANISYA DENGAN BANGGANYA
BERSAMA "SINGGANG GEAR BOX TOKJORO"

INILAH HASILNYA BERKAT SUSAH PAYAH ABELI DAN MAMA DANISYA
BERRUSAHA MENCIPTA "SINGGANG GEARBOX TOKJORO"

"NAK CUBA ..DATANG LA.........!"
KATA ALU-ALUAN DARI MAMA DANISYA

25 Ogos 2009

PERJALANAN KE KELANTAN

Pada 21hb baru ni hari jumaat jam 10 pg abeli sekeluarga bergerak dari Jerantut menuju ke Kelantan.. perjalanan pagi tu lancar. dgn cuaca yang terang.. susana jalan yang tidak sibuk.. tiada banyak kenderaan pada pagi tu... tapi yang menarik nya bila lepas je bukit tujuh tu.. tetiba anak abeli yang darjah 3 tu tanya abeli.. kenapa dia orang tu dirikan pemancar tu tengah jalan..


bila sampai dekat rupanya pemancar tu.. atas bukit tepi selekoh.. kita orang gelakk... ramai-ramai..


Setibanya kami di kg "BERHAMAH" dalam daerah Merapoh.. banyak terdapat gerai menjual buah-buahan. Anak abeli yang berusia 4 tahun tu cakap.. 'ayah berhenti beli buah solok lada "buah apa.. dik solok lada.. ? "ala buah yang kulit dia ada duri tu... yang tok mi beli masa dia datang rumah kita ari tu.." ooo.. buah salak.... sekali lagi kami tergelak.. jadi kami singgah la..



setelah selesai membeli buah-buahan .. kami meneruskan perjalanan... keluarga kami kalau pergi ke kelantan mesti singgah kat kelinik kesihatan merapoh.. nak tau kenapa.. Adik abeli.. Roslan . penduduk merapoh panggil dia che lan.. di pemandu kat klinik tersebut.. abeli skeluarga di sambut oleh adik abeli sekeluarga..


CHE LAN DAN KELUARGA
sambil kami bebual-bual di beranda quarters klinik tempat adik abeli tinggal tu abeli ternampak 2 bukit batu kapor.. menarik bukit tu... abeli tanya adik abelui apa nama bukit tu.. dia jawab.. penduduk merapoh panggil bukit tu bukit "KOPEK".. aaahh.. terkejut gak abeli.. lucahnya nama bukit tu...

GAMBAR BUKIT KOPEK

Kami bergerak dari merapoh menuju ke gua musang dan ke kota baru kul 3 ptg.. setibanya kami di perkampungan felda Paloh satu berlaku satu kemalangan. sebuah van dgn 9 penumpang dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Terbabas kedalam curang boleh tahan dalamnya.. semasa abeli tiba.. penumpang sudah keluar dari van tersebut .. tiada yang maut.. cuma cedera ringan dan 2 orang patah tangan.. menurut pemandu van tersebut dia terlelap semsa tiba di selekoh tersebut







20 Ogos 2009

HARI PERTAMA PUASA

ASSLAMUALAIKOM.. pengunjung blog abeli.. selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.. dan Salam satu Malaysia untuk kemerdekaan negara kita yang ke 52... Hari ni 20hb ogos 2009 bersamaan 29hb syaaban1430H.. malam ni kita dapat tau bila kita mula berpuasa.. samada esok (jumaat) atau lusa (sabtu).. mintak-mintak la hari sabtu... abeli bukan apa.. mengikut tradisi.. keluarga abeli.. biasanya.. hari pertama puasa.. abeli akan berpuasa di kelantan rumah mertua abeli.. jadi malam ni.. abeli kerja malam lagi.. masuk 7pm keluar 7am.. esok abeli ambil cuti 2hari 21hb-22hb..manakala 23hb-24hb pulak abeli memang hari rehat selepas sift malam.. jadi 4hari la cuti... kalau tak ada apa halangan... abeli akan bergerak dari Jerantut ke Kelantan (Pengkalan Chepa) pada pagi esok 21hb... kalau tak puasa esok... ok sikit.. maklum la melalui.. Jalan kerambit.. kuala lipis..Gua Musang..Kuala krai.. Machang.. Kota Bahru.. baru sampai ke pengkalan chepa.. biasanya abeli drive..slow n stedy je... takut nk pecut laju-laju.. bisanya 5-6jam perjalan ..sampai la....dari jerantut ke lipis.. jalan bengkang bengkok... lipis kegua musang.. pun sama.. lagi mencabar.. pendakian dan turun bukit tujuh tu... pehhh.. boleh tahan jugak... yang membuat kan kita tak rasa letih tu... pemandangan.. di sepanjang perjalan ...menarik.. kepada sahabat yang biasa dari kuala lumpur ke pantai timur melalui gua musang pasti tau.. tapi yang paling seronoknya hari pertama berpuasa... kat kelantan ni jaudah berbuka puasa.. memang banyak.. bermacam-macam kuih muih,lauk pauk... semuanya membuat kan kita tak sabar..kalau kita ke pasar ramadan kubang krian tu.. mabuk di buatnya dgn mcm-mcm kuih.. dan namanya pelik-pelik..tapi semuanya pasti manis-manis... mcm anak dara.. kat situ..maklum la negeri cik siti wan kembang.... tengah buat catitan.. ni pengumuman puasa dah buat... ye..ye.. puasa hari sabtu...22hb.. esok tak la letih sangat.. nak drive.. ke kelantan.. lapar boleh makan... jadi buat semua sahabat blogger yang membaca catitan ini.. doakan abeli selamat sampai ke kelantan dan balik kepahang... nanti boleh abeli ceritakan dlm blog ni .. macam mana berpuasa dan berbuka.. di sana.. dan jenis jenis makan yang pelik-pelik... di sana... akhirkata.. selamat berpuasa... n selamat hari raya...( org pertama ucap raya pada sahabat blogger)... jgn posa yang yok pulak.. bangun pagi buka periuk .... he.he...muahhhh......

17 Ogos 2009

Adoooi......! kantoi lagi.....!

Hari ni 17 hb .. isnin... abeli bukan nak cerita pasal hari ni... tapi...jumaat 14hb 2hari yg lepas... giliran sift kena kerja malam.... kebetulan partner sift kena kerja pula dgn usop... en usop... ni dia kerja dah lama kat stesen pemancar RTM bukit istana... nak banding dgn abeli.... mcm langit dgn bumi... abeli baru je tukar ke unit ni... 1tahun 8 bulan baru... tengok peralatan dalam ni mcm tikus tengok besi... terkebil-kebil .tak tau nk petik suis mana...en usop ni dah 20 tahun berkhidmat kat sini... dulu mula2 kerja dia cakap... kerja tukang spu je... kat TM ni... berkat sabar dan kerja yang penuh tanggung jawab... dari buruh am.. naik artisan.. kemudian skrg ni dah juruteknik... alaaa org kampung panggil "tecnison" tu.... mcm jawatan abeli gak..berbalik ke cerita malam jumaat...Malam tu... tepat jam 0105 pgi siaran rtm 1 dah tamat... abeli pun tanpa belengah-lengah lagii... mempersiap kan diri untuk TIDO.....
bila toto di bentang... bantal... di tepuk 3 x.. sambil membaca..doa dan serangkap pantun... KALAU NAK GUGUR... GUGUR LAH NANGKA... JGN MENIMPA SIRANTING PAUH.... Ewaaaaahhhh... KALAU NAK TIDUR.... TIDURLAH MATA... JGN TERKENANG.. ORANG YANG JAUH....lps tu abeli possing baik2... luruskan kaki... acu nak terlelap....tiba...tiba... terus terlena... sedang asyik di buai mimpi... abeli terkejut dari tidur... en.. usop... dgn slambe nya mengejutkan abeli... "aeli... abeli... bvangun.. nape TV dua2 tiada siaran"...dgn muka yang moyok nya abeli bangun..... kul berap skran ni ... dah 0520pg... dari saat itu lah seluruh penduduk jerantut.. dan kawasan yang menerima siaran rtm1 rtm2... di opancar dari bukit istana tidak dapat menerima... siran..terputus langsung... mengelabahlah abeli dgn... usop.. tergaru-garu mcm berok mat yeh kena belacan.. nak petik yang mana.. ni... wwaaaaaa....waaaaa.... haru..haru... tapi abeli cool je... tak panik pun... abeli cll razak.... jak siaran tv breakdown.... ok..ok... kata dia ..jap lagi aku sampai...
xcek puya cek... tak dapat apa problem.... masuk hari ni dah 3 hari dah orang jerantut x dapat tengok tv1 dan tv2....yang datang chek... dah ramai dari kuantan.. kuala lumpur... semua yang datng tu yg hebat2... kul 1100pgi tadi... jumpa la..apa penyakitnya... cabel terbakar.... meletup kena petir..... di sini abeli bukan apa... tadi.. boss cakap..."EN ROSLI sila jawab surat tunjuk sebab.. kenapa lintar pintas belaku pada alat penerimaan siaran RTM.. sebelum hari khamis ni serah kepada saya"................. Adooooisss... Kantoi lagi...... *KEPADA SEMUA PENDUDUK JERANTUT DAN KAWASAN YANG SAMA WAKTU DGNYA.. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF BAGI KESULITAN PENERIMAAN( GANGGUAN) SIARAN RTM1 DAN RTM2.. BERMULA 14HB lagi.. kesulitan amat di kesali.. pihak kami akan berusaha memperbaikinya secepat mungkin...*

04 Ogos 2009

ASAL USUL KG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG - KG ABELITOKJORO



KAMPUNG ANAK GAJAH

Kg Anak Gajah terletak di kawasan Batu Balai dalam daerah Jerantut. terletak di km 40 jln Benta-Jerantut

penduduknya terdiri dari masyarakat melayu mojeritinya berasal dari kelantan. Kg Anak Gajah di buka pada awal tahun 60 an oleh beberapa individu yang merantau dari kelantan. Mereka meneroka tanah hutan, menebas menebang dan bercucuk tanam dan berkebun.. tanaman utama peneroka baru ketika itu adalah getah.di samping tanaman kontang seperti padi bukit,pisang,keledek,jagung,dan lain-lain...



CHE DERAMAN CHE SOH

Di antara peneroka awal yang membuka perkampungan ini termasuklah CHE DERAMAN CHE SOH.(Pakcik deraman) CHE YAAKOB allayarham(paksu kob) CHE HARUN. CHE ISHAK allahyarhamALI BIN SENIK dan beberapa ramai lagi penduduk kebanyakan telah kembali kerahmatullah dan sekarang tinggal sebilangan sahaja generasi pertama.. kini generasi kedua mewarisi dan meneruskan perjuangan yg belum selesai..

Dulu kg Anak Gajah di kenali sebagai kg Batu 35 bukit kor Batu Balai. Menurut cerita peneroka awal kg anak gajah iaitu Che Deraman Che soh. Dalam tahun 1964 ketika hasil tamanan pertanian di kg itu mula mengeluarkan hasil .Pada sebelah malam sekumpulan gajah telah memasuki kebun dan merosakan tanaman dan hasil pertanian.

Bila siang menjelma gajah-gajah tersebut masuk semula ke hutan.. pada suatu hari ketika kumpulan gajah tersebut masuk kehutan terdapat seekor anak gajah yang tersesat dari kawanan gajah dewasa dan di tinggalkan ibunya.Lalu penduduk kg tersebut menangkap anak gajah tersebut dgn menggunakan rotan. lalu di tambat di sebatang pokok. dan di beri makan oleh penduduk kg. apabila di hampiri di dapati anak gajah tersebut telah tercerdera di kaki terkena duri pokok bayas.. setelah mendapat kata sepakat. penduduk kg telah memberitahu kepada jabatan perhilitan. dan jabatan perhilitan membuat pemantauan di mana mendapati kecederaan anak gajah tersebut sangat serius dan tak dapat di ubati lagi.setelah bermesyuarat akhirnya keputusan di buat.. anak gajah tersebut di tembak mati.. Sebelum anak gajah tersebut di tembak ..peristiwa tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Tan Sri Ghazali Shafie.. di mana dia datang ke kg tersebut untuk melihat sendiri... dan telah bersetuju anak gajah tersebut di tembak.... lalu di kubur kan di kg tersebut....
Setahun kemudian..Pada awal tahun 1965 Tan Sri Ghazali Shafie telah datang ke kg tersebut dan dengan rasminya memberi nama kampung batu 35 bukit kor sebagai

" KAMPUNG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG "

sumber- rujukan.............Che Deraman Che soh....peneroka asal Kg Anak Gajah.