KAMPUNG ANAK GAJAH
Kg Anak Gajah terletak di kawasan Batu Balai dalam daerah Jerantut. terletak di km 40 jln Benta-Jerantut
penduduknya terdiri dari masyarakat melayu mojeritinya berasal dari kelantan. Kg Anak Gajah di buka pada awal tahun 60 an oleh beberapa individu yang merantau dari kelantan. Mereka meneroka tanah hutan, menebas menebang dan bercucuk tanam dan berkebun.. tanaman utama peneroka baru ketika itu adalah getah.di samping tanaman kontang seperti padi bukit,pisang,keledek,jagung,dan lain-lain...
CHE DERAMAN CHE SOH
Di antara peneroka awal yang membuka perkampungan ini termasuklah CHE DERAMAN CHE SOH.(Pakcik deraman) CHE YAAKOB allayarham(paksu kob) CHE HARUN. CHE ISHAK allahyarhamALI BIN SENIK dan beberapa ramai lagi penduduk kebanyakan telah kembali kerahmatullah dan sekarang tinggal sebilangan sahaja generasi pertama.. kini generasi kedua mewarisi dan meneruskan perjuangan yg belum selesai..
Dulu kg Anak Gajah di kenali sebagai kg Batu 35 bukit kor Batu Balai. Menurut cerita peneroka awal kg anak gajah iaitu Che Deraman Che soh. Dalam tahun 1964 ketika hasil tamanan pertanian di kg itu mula mengeluarkan hasil .Pada sebelah malam sekumpulan gajah telah memasuki kebun dan merosakan tanaman dan hasil pertanian.
Bila siang menjelma gajah-gajah tersebut masuk semula ke hutan.. pada suatu hari ketika kumpulan gajah tersebut masuk kehutan terdapat seekor anak gajah yang tersesat dari kawanan gajah dewasa dan di tinggalkan ibunya.Lalu penduduk kg tersebut menangkap anak gajah tersebut dgn menggunakan rotan. lalu di tambat di sebatang pokok. dan di beri makan oleh penduduk kg. apabila di hampiri di dapati anak gajah tersebut telah tercerdera di kaki terkena duri pokok bayas.. setelah mendapat kata sepakat. penduduk kg telah memberitahu kepada jabatan perhilitan. dan jabatan perhilitan membuat pemantauan di mana mendapati kecederaan anak gajah tersebut sangat serius dan tak dapat di ubati lagi.setelah bermesyuarat akhirnya keputusan di buat.. anak gajah tersebut di tembak mati.. Sebelum anak gajah tersebut di tembak ..peristiwa tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Tan Sri Ghazali Shafie.. di mana dia datang ke kg tersebut untuk melihat sendiri... dan telah bersetuju anak gajah tersebut di tembak.... lalu di kubur kan di kg tersebut....
Setahun kemudian..Pada awal tahun 1965 Tan Sri Ghazali Shafie telah datang ke kg tersebut dan dengan rasminya memberi nama kampung batu 35 bukit kor sebagai
" KAMPUNG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG "
sumber- rujukan.............Che Deraman Che soh....peneroka asal Kg Anak Gajah.
4 ulasan:
Dekat kelate ada juga nama tempat batu balai ni. Di manek urai, kuala krai.
yo laaa.tok nabe... kalu kita kelik kelate kot gua musang gak.. sampai je kereee.. tu...trafic light... beloh kiri.... abeli xrajin g lagi...
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
klik disini.
Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam
Dulu ada kawan dgn awek jerantut.. felda padang piol.. at last dia kawin dgn org lain.. huhuhu.. dah sy ni bujang susah, mana la dia nak.. hehehehe... apa nak kata dah x der jodoh... wassalam
Catat Ulasan