KERETA PROTON WIRA YANG DI JUAL
SAMBUNG PAKAI
ASSALAMUALAIKOM TEMAN BLONGGER SEMUA...Terima kasih di atas kesudian teman semua menjengah blog abeli yang tak seberapa ni..
kali ni abeli nak ceritakan apa yang abeli alami pada 4hb march 2hari yang lalu..
ceritanya begini..
Abeli memiliki kereta honda eg8( ferio) jadi.. bila abeli dan mama danisya berkerja timbul masaalah untuk ketempat kerja yang berlainan tempat .
Abeli kerja TM..
manakala mama danisya kat hospital..
abeli kerja sift.. mama danisya pun syif juga.. selalu kelam kabut.. jadi beli la.. sebuah lagi kereta proton wira eroback..
tup-tup.. bila proton lancar proton saga baru(BML) mama danisya mula la nak tukar kereta dia nak jual proton wira.. nak ambil proton saga baru.. lepas booking.. dalam 3 bulan selepas tu dapat la.. kereta baru.. jadi dah ada 3 buah kereta ..ngalah kan orang kaya...yang jadi masaalahnya proton wira tu.. nak jual kat usecar.. tak lepas hutang.. jadi cari la owner.. tak dapat.... last-last bagi saudara pakai.. sambung bayar...Tanpa menukar nama... saudara tu pulak dok kat kuala lumpur.. abeli tak berapa rapat sangat.. dgn saudara abeli ni... yang abeli tau dia kerja dgn syarikat swasta ambil oder barang dari kedai ke kedai.. mula-mula ok je.. elok bayarnya.. selepas 6 bulan .. pegawai bank.. ada call.. kereta encik tak bayar 3 bulan.. surat tarik dah keluar... abeli call dia bagi tau kat dia.. dia pegi bayar 2bulan.. ok lagi... tetiba.. yang abeli tak sanggup nak cerita ni.. bila mama danisya terima panggilan pada 3hb mac baru baru ni..
" hello.. boleh saya bercakap dgn NOOR AZLIZA BT MOHD AZMI.." suara dari talipon bimbit mama danisya " ya saya bercakap.." jawab mama danisya. " saya inspektor norxxxxx dari bahagian narkotik IPD balai polis Kuantan.. kereta puan ber no CBA 7xx2 telah di tahan di sekatan jalan raya di tol gambang.. sekarang kereta puan berada dalam tahanan kami di balai polis kuantan.. pemandunya seorang lelaki melayu dan seorang penumpang juga lelaki melayu dan pemeriksaan yang kami jalankan di dapati di dalam amrs box (laci dashbox) terdapat satu kotak hitam kecil dimana di dalamnya terdapat satu peket plastik cerah mengandungi serbuk cristal di percayai dadah jenis SYABU MENTH.. setelah di timbang ianya seberat 3gram.. sekarang.. pemandu dan penumpang ditahan di penjara penor.. setelah gagal mendapat kan penjamin.." terkedu.. mama danisya... " jadi puan dan penjamin kereta puan(kebetulan kereta nama mama danisya penjamin Abeli) di kehedaki hadir ke ipd kuantan seberapa segera untuk di ambil keterangan...
Jadi bergegas la abeli ke ipd kuantan .. bergerak dari jerantut.. kul 1130 pagi tiba dalam kul 200ptg.. setelah ke pejabat nakotik.. beri keterangan... abeli di arahkan membawa gran asal kereta..4keping photostat i.c penama.. 4kpg photostat penjamin.. ..esok(4 hb) jam 9pagi abeli di arah kan ke mahkamah kuantan.. tepat jam 11 pagi nama mama danisya dan abeli di panggil.. macam orang salah pulak.. berdiri tgak macan nak nyanyi lagu negaraku.. di beri keterangan oleh juru cakap mahkamah.. "kereta anda boleh di ambil dgn syarat..
1. sediakan bon jaminan sebanyak rm25.000.00 seorang.
2.kereta ini tidak boleh di jual selagi kes ini belum selesai.
3. tidak boleh di ubah suai.
4. tidak boleh di baiki..( yang menyebab kan perubahan pada fizikal kereta ini..)
sekiranya hendak di baiki mestilah mendapat kebenaran bertulis dari pegawai penyiasat kes ini.
setelah bersetuju dgan syarat ini.. kami menurun kan tanda tangan .. kunci kereta pun di serah kan... dan pulang ke jerantut memandu sebuah sorang... merempit la abeli dgn mama danisya ...
setakat ini.. saudara abeli masih lagi di penjara penor.. isterinya tak mampu menyediakan jaminan sebanyak RM9000.00.. dia di tuduh di bawah seksyen 12(2) akta dadah merbahaya..
MORAL:.. KALAU NAK JUAL KERETA.. TUKAR NAMA.. JANGAN AMBIL MUDAH.. SAUDARA SENDIRI PUN KENCING KITA... KERETA ABELI TU BUKAN SAMBUNG BAYAR..TAPI SAMBUNG PAKAI.. 3 BULAN SANGKUT..
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..................