" MANDI SAMPAN "
MANDI SAMPAN adalah satu adat tradisional yang masih di amal kan penduduk perkampungan sepanjang sungai pahang di daerah ulu tembeling.. termasuk kg Pagi kg Bantal. Kuala Sat. Kg Gsai. dan Kg Mat Darling... istiadat Mandi Sampan ini biasa nya di jalan kan apabila selesai upacara majlis perkahwinan di mana sebagai upacar penamat majlis perkahwinan tersebut....
Menurut salah seorang penduduk asal kg Gusai.. yang mahu di kenali sebagai Ayah Long...
beliau selaku orang tua di kg tersebut berkata " Mandi sampan ini adalah adat yang di warisi oleh nenek moyang mereka lagi yang datangya dari negara Berunai Darulsalam.. mengikut sejarah nenek moyang mereka yang terawal membuka perkampungan di tebing sungai pahang ini berasal dari Berunai... " katanya lagi"..setelah selesai semua majlis kenduri.Pengatin di arak di dalam rumah sebayak 7 pusingan dan turun ketanah..semasa di arak dari rumah ke tempat upacara biasanya di iringi selawat keatas junjunjan besar nabi mohd S.A.W. terus ke tempat upacara di adakan.. (biasanya di tepi sungai..di halaman rumah.. atau di padang...) kemudian pengantin duduk di kerusi di sediakan dan dua org yang terlibat akan membuat pusingan sebanyak 7 kali mengeliligi pengantin sambil memegang sebiji seorang buah kelapa.. setelah cukup 7 kali kelapa di lagakan hingga pecah... dan air kelapa radi di beri minum pada pengantin dan selebihnya di gunakan untuk mandikan pengantin.... " tujuan asal MANDI SAMPAN ini.. ialah untuk menghalau unsur-unsur jahat.. perkara yang tidak baik.. menghindari dari fitnah sangka buruk.. kesipulanya menjauhi perkara yang boleh merosakan keharmonian rumah tangga yang di bina"..... dan menurut ayah long lagi ' semasa upcara menjirus pengantin orang ramai yang menyaksikan upacara itu di sembah air juga.. tak kira siap yang ada di sekitar kawasan tersebut... bertujuan memberitahu kenduri dah habis.. orang ramai boleh pulang kerumah masing2... mcam menghalau orang balik lah... tapi tak nampak mcm paksa.." Kata ayah long sambil mengakhiri perbualan kami...
BERSAMA INI ABELI SERTA GAMBAR RETETAN PERISTIWA
" MANDI SAMPAN"
PENGANTIN DI ARAK KELILING DALAM RUMAH
7 KALI SAMBIL BERSELAWAT
PENGANTIN DI BAWA TURUN KETANAH
3 ulasan:
sonok juga upacara tu... buleh mandi2 air kelapa lagi...
saya tak pernah nampak lagi kat mana2 kenduri kawin yang saya pergi, samaada kat kelantan, perak atau pahang...
salam. upacara seperti ini tak pernah kpah jumpa di tempat kpah. Tengok tajuk ingatkan kena mandi dalam sampan.
Jarang dah ada adat2 yang macam ni diamalkan oleh generasi baru. Kalau ada lagi generasi lama di sesuatu kampung, adat2 mcm ni boleh dilihat lagi.. besok2 kalau orang2 lama dah tak ada... tak taulah keadaannya.
Catat Ulasan