SALAM dari BUKIT ISTANA

SALAM dari BUKIT ISTANA
BLOG INI ADALAH BLOG PANDANGAN PERIBADI DAN CATITAN PERJALANAN ABELI SEBAGAI PHOTOGRAFER AMATUR YANG MASIH BELAJAR DAN MEMERLUKAN TEGURAN MEMBINA..BLOG ABELI NI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN MANA-MANA PARTI POLITIK. PENGUNJUNG YANG BERFIKIRAN TERBUKA(OPEN MAINDED) SAJA DI JEMPUT MELAWAT BLOG ABELI.. SEKIRANYA TERDAPAT GAMBAR. CERITA. CATITAN. YANG MENYINGGUNG PEMBACA SEMUA.. ABELI MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN..IANYA SECARA KEBETULAN TIDAK DI SEGAJAKAN.. TERIMA KASIH.. SELAMAT MENGUJUNGI BLOG ABELITOKJORO.

SELAMAT DATANG KE BLOG :-

ABELI ROSLI

Foto saya
Jerantut, Pahang, Malaysia
"Berkawan bukan untuk sementara tetapi selamanya.. bukan untuk esok tapi hingga ke hujung nyawa. biar kita tidak mempunyai wang ..asalkan kawan percaya..walau kita tidak punya rupa.. jujur lah pada kawan kita"....Di lahirkan di kg Terap Tg Besar Benta Kuala Lipis Pahang.kini menetap di Jerantut.. bertugas di TM (PEMANCAR RTM BUKIT ISTANA JERANTUT). menceburi bidang PHOTOGRAFER...sebagai kerjaya sambilan...

TeMaN TaPi MesRa

MASA ITU.. " SESAAT TIDAK MENUNGGU KITA "

06 Mac 2010

BAHANA JUAL KERETA TAK TUKAR NAMA

KERETA PROTON WIRA YANG DI JUAL

SAMBUNG PAKAI

ASSALAMUALAIKOM TEMAN BLONGGER SEMUA...
Terima kasih di atas kesudian teman semua menjengah blog abeli yang tak seberapa ni..
kali ni abeli nak ceritakan apa yang abeli alami pada 4hb march 2hari yang lalu..
ceritanya begini..
Abeli memiliki kereta honda eg8( ferio) jadi.. bila abeli dan mama danisya berkerja timbul masaalah untuk ketempat kerja yang berlainan tempat .
Abeli kerja TM..
manakala mama danisya kat hospital..
abeli kerja sift.. mama danisya pun syif juga.. selalu kelam kabut.. jadi beli la.. sebuah lagi kereta proton wira eroback..
tup-tup.. bila proton lancar proton saga baru(BML) mama danisya mula la nak tukar kereta dia nak jual proton wira.. nak ambil proton saga baru.. lepas booking.. dalam 3 bulan selepas tu dapat la.. kereta baru.. jadi dah ada 3 buah kereta ..ngalah kan orang kaya...yang jadi masaalahnya proton wira tu.. nak jual kat usecar.. tak lepas hutang.. jadi cari la owner.. tak dapat.... last-last bagi saudara pakai.. sambung bayar...Tanpa menukar nama... saudara tu pulak dok kat kuala lumpur.. abeli tak berapa rapat sangat.. dgn saudara abeli ni... yang abeli tau dia kerja dgn syarikat swasta ambil oder barang dari kedai ke kedai.. mula-mula ok je.. elok bayarnya.. selepas 6 bulan .. pegawai bank.. ada call.. kereta encik tak bayar 3 bulan.. surat tarik dah keluar... abeli call dia bagi tau kat dia.. dia pegi bayar 2bulan.. ok lagi... tetiba.. yang abeli tak sanggup nak cerita ni.. bila mama danisya terima panggilan pada 3hb mac baru baru ni..
" hello.. boleh saya bercakap dgn NOOR AZLIZA BT MOHD AZMI.." suara dari talipon bimbit mama danisya " ya saya bercakap.." jawab mama danisya. " saya inspektor norxxxxx dari bahagian narkotik IPD balai polis Kuantan.. kereta puan ber no CBA 7xx2 telah di tahan di sekatan jalan raya di tol gambang.. sekarang kereta puan berada dalam tahanan kami di balai polis kuantan.. pemandunya seorang lelaki melayu dan seorang penumpang juga lelaki melayu dan pemeriksaan yang kami jalankan di dapati di dalam amrs box (laci dashbox) terdapat satu kotak hitam kecil dimana di dalamnya terdapat satu peket plastik cerah mengandungi serbuk cristal di percayai dadah jenis SYABU MENTH.. setelah di timbang ianya seberat 3gram.. sekarang.. pemandu dan penumpang ditahan di penjara penor.. setelah gagal mendapat kan penjamin.." terkedu.. mama danisya... " jadi puan dan penjamin kereta puan(kebetulan kereta nama mama danisya penjamin Abeli) di kehedaki hadir ke ipd kuantan seberapa segera untuk di ambil keterangan...
Jadi bergegas la abeli ke ipd kuantan .. bergerak dari jerantut.. kul 1130 pagi tiba dalam kul 200ptg.. setelah ke pejabat nakotik.. beri keterangan... abeli di arahkan membawa gran asal kereta..4keping photostat i.c penama.. 4kpg photostat penjamin.. ..esok(4 hb) jam 9pagi abeli di arah kan ke mahkamah kuantan.. tepat jam 11 pagi nama mama danisya dan abeli di panggil.. macam orang salah pulak.. berdiri tgak macan nak nyanyi lagu negaraku.. di beri keterangan oleh juru cakap mahkamah.. "kereta anda boleh di ambil dgn syarat..
1. sediakan bon jaminan sebanyak rm25.000.00 seorang.
2.kereta ini tidak boleh di jual selagi kes ini belum selesai.
3. tidak boleh di ubah suai.
4. tidak boleh di baiki..( yang menyebab kan perubahan pada fizikal kereta ini..)
sekiranya hendak di baiki mestilah mendapat kebenaran bertulis dari pegawai penyiasat kes ini.
setelah bersetuju dgan syarat ini.. kami menurun kan tanda tangan .. kunci kereta pun di serah kan... dan pulang ke jerantut memandu sebuah sorang... merempit la abeli dgn mama danisya ...
setakat ini.. saudara abeli masih lagi di penjara penor.. isterinya tak mampu menyediakan jaminan sebanyak RM9000.00.. dia di tuduh di bawah seksyen 12(2) akta dadah merbahaya..
MORAL:.. KALAU NAK JUAL KERETA.. TUKAR NAMA.. JANGAN AMBIL MUDAH.. SAUDARA SENDIRI PUN KENCING KITA... KERETA ABELI TU BUKAN SAMBUNG BAYAR..TAPI SAMBUNG PAKAI.. 3 BULAN SANGKUT..

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..................

01 Mac 2010

KISAH BENAR ( kenangan ABELI ) di KEJAR HANTU GARAM.

Cerita ni berlaku masa abeli umur 12 tahun... masih segar dalam ingatan........

Hari beransur petang.. agak-agak dah pukul 7 mlam.. mega merah dari simbahan sinaran mentari di ufuk barat semakin menarik... kemerahan.. aku melangkah pulang kerumah.. setelah penat bermain dengan rakan rakan ku... penat betul hari ni... seharian keluar bermain... tibanya di halam rumah aku terdegar ibuku memanggil nama ku... " angah.. (pangilan keluarga ) tolong pergi kedai kejap.. beli ikan sardin dan garam... " kata ibu.. aku tanpa banyak soal... terus mendapatkan ibu yang tercegat kat pintu dapor.. "bak duit..." kata ku sambil menhulur tangan ke arah ibuku . "nah 2ringgit.. sardin tu beli yang sedang je.. garam beli 50sen... balik terus.. jangan melencong ke mana.. mana.... hari dah nak malam ni..." kata ibu ku.. Tanpa belengah lagi... aku capai basikal buruk bawah rumah.. terus kekedai kat simpang jalan nak masuk kerumah ku... sampai je kat kedai makteh di simpang jalan tu aku... aku terus kedalam kedai... mencapai ikan sardin botan tin sedang di rak kedai tersebut.. dan memberi tahu.. makteh.." nak garam 50 sen..." (masa tu mana ada garam halus ) jadi garam buku.. sebesar jari kelingking seketul.. "garam tak ada dah abis... " kata makteh... "aduhhh.... ini yang lemah ni ... kena pegi kedai ah siong... pulak.. dalam 1 kilometer.. dari rumah ku... yang lemah tu.. kena lintas tanah perkuburan tu... time magrib ni jalan mesti lengang.. org semua balik rumah... kalau balik rumah.. mesti mak suruh pergi jugak... aduh macam mana ni... nak ajak kawan teman .. susah dia orang mesti tengah mandi ke.. bersiap nak gi mengaji... quraan kat rumah tok lebai awang.. pegi jela... lagi pun masih cerah lagi ni... aku letak balik tin sardin di atas rak kedai mak teh... " saya nak kekedai ah siong kejap.. nanti balik saya ambil ikan sadin tu..." kata saya " kau tak takut ke... magrib ni nak ke sana"" sapa mak teh.. "takut.. apa..." jawab ku.. "tak degar cerita ke.. semalam jaapar berel kena usik bila lintas kubur tu..." kata makteh.. " bila lintas je kawasan kubur tu tetiba je rantai basikal.. dia putus... di turun basikal terus pikul basikal bawa lari...tak cukup tanah..." kata kata mak teh lagi.. "allaaa... jaapar tu penakut... memang kena usik..." kata ku untuk menyedap kan hati.. tapi dlm hati ni bersupah seranah kat mak teh...ada ke di cerita benda macam tu... tanpa berlengah lagi.. aku terus mengayuh basikal ku terus ke kedai ah siong... tiba je di kawasan perkuburan tu aku dengan selamba je melintsai...nya... tak ada pulak rasa takut.. seram atau apa-apa.. aku memang dah biasa da lintas tanah perkuburan tu .. balik malam sorang-sorang pulang dari kedai tu... bila sampai je kat kedai ah siong..aku minta garam .bila selesai je ah siong bungkus garan buku tu dalam plastik nipis merah (jabir gelenya) bila kita pegang dia berbunyi..lalu ku kepit kan di tempat duduk belakang besi basikal(carrier) lalu dengan berani aku mengayuh pulang... tiba je di kawasan perkuburan tadi tetiba je angin bertiup.. mula-mula perlahan.. kemudian makin kuat sikit... aku dogak ke langit.. awan hitam mula begumpal berkumpul.. membawa hujan... bila betul..betul di tanah perkuburan tu.. hujan mula turun rintik-rintik... tetiba aku terdengar "kling".. satu putaran kayuhan basikal ku.. berbunyi lagi "kling".. kayuh lagi "kling".. setiap satu kayuhan sekali bunyi..."kling"..." kling"..."kling".. tiba2 bulu tengkok ku meremang... belakang ku jadi besar.. rasa macam ada benda menumpang kat basikal ku... lambat betul kayuhan ku... semakin laju aku kayuh.. semakin kerap bunyi "kling" kedegaran... tanpa menoleh kiri kanan ke belangkang... aku terus mengayuh selaju mungkin.. bila hampir je kat kedai makteh bunyi tadi semakin kuat "kling..kling...klang klung..bru branggg..........." aku terus berhentikan basikal betul-betul.. depan kedai makteh.. aku tecungap-cungap.. "huh mujur la.. tak ada apa-apa..." getus hati ku.. "haaa.. napa kau nampak pucat.. kena kejar ke hantu ke...?? "tanya makteh...aku masih tak mampu bercakap lagi..... menarik nafas panjang-panjang.. "aduhhh..makteh.. celaka betul hantu kubur tu.. usik lidi basikal saya...." kata saya sambil tercungap..cungap... " kata nak beli garam... mana garam yang kau beli tadi..." tanya makteh.. "tu....." sambil menujuk ke tempat duduk belakang basikal. "alamak.. kenapa tinggal tak sampai segegam garam ni...." lalu saya mengambil plastik garam yang masih tersepit di tempat duduk belakang basikal .."cheh bocor.... plastik garam ni..patut la... masa saya sampai kat kubur tadi plastik tu mula bocor...kecil je bocor tu... bila seketul garam tu jatuh kena lidi basikal tu yang bunyi kling tu... jatuh lagi seketul... bunyi lagi..bila makin laju.. makin besar bocor... makin kerap bunyi... rupanya... bukan kena usik kat hantu kubur... tapi garam tu jatuh-atas lidi basikal... bila bunyi" buru brang bruuu".. tu bocor dia dah besar... banyak garam tumpah..... yang plastik pulak mengapa la dia nak bocor bila lalu kat kubur tu.. ..buat suspen je...................!!!!!! aku dan mak teh sakit perut gelak sampai terguling-guling.. kira dah tahap cipannnnn.... kelako betul.. kalau dah jenis penakut.. macam tu laaa....

27 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SEK TAHFIZ AL-AMIN KG BERHALA GANTANG TEMERLOH PAHANG

KUMP NASYID TAHFIZ AL-AMIN
(gambar bawah )

PARA HADIRIN YANG HADIR

PASUKAN TABUH PUSAKA
MEMULAKAN PERSEMBAHAN
TENGOK LA... ABELI DGN MUKA PUCAT LESI BERSEMAGAT
MEMULAKAN PERSEMBAHAN MEGARUT...

Salam sejahtera buat teman blogger tang sentiasa di rahmati allah...
semalam 26 hb feb bersamaan 12 rabiulawal kira2 jam 230 ptg.. Abeli terima panggilan talipon dari Mohd Faizal Mahmod.. ketua pasukan dikir barat kump TABUH PUSAKA.. sri keladan Temerloh Pahang..Menjemput Abeli sebagai Tukang Karut.. bagi persembahan dikir barat di sek Tahfiz Al-Amin kg Berhala Gantang Temerloh... sempena majlis maulidurasul dan kesenian islam.. di mana sek tersebut membuat kutipan derma bagi dana.. sekolah tersebut..
Jam 8 mlm semalam bergerak la abeli ke Termerloh... bila tiba je kat sekolah tahfiz.. tu.. berdebar lain macam betul abeli.. tak pernah buat show kat sek tahfiz ni.. masa buat show depan Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaacob dulu tak lah sampai rasa macam ni...kalau kat sekolah biasa di Temerloh dan Jerantut ni dah biasa dah.... berpeluh abeli ..tu belum buat persembahan.. lagi. tup..tup.. tiba la giliran pasukan abeli buat persembahan... berjaya atau tidak persembahan dikir barat ni 90% bergantung kepada tukang karut.... tapi..alhamdulilah.. abeli berjaya melakukan yang terbaik... bila turun pentas je penganjur datang jumpa abeli dia minta no talipon.. kata nak jemput lagi........ puhhh bila selesai tu... rasanya... lega....macam lepas hutang rm1000...............!!!!

26 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

RIWAYAT HIDUP "RASULULLAH"
.............................................................
Bangsa Arab asal baginda..
Quarisy keturunan kaum keluarga..
Negeri mekah tempat di putera..
Asal usul keturunan mulia..
...........................................................
Abdullah ayahnda yang di kasihi..
ke negeri Madinah dia pergi..
Tujuan untuk mencari rezeki..
Tetapi menyahut panggilan illahi..
................................................................
Aminah bonda sarat mengandung..
Mendengar berita hatinya bingung..
Memikir kelahiran anakya sulung..
Tiada berayah tempat bergantung..
............................................................
Tiba genap bulan dan hari..
Saat kelahiran sudah la pasti..
Bersinar cahaya keseluruh negeri..
Musnah lah berhala yahudi majusi..
.............................................................
Sabar dan tekun dalam perkerjaan..
Segala usaha beroleh kejayaan..
Jujur amanah itu la pegangan..
Nama AL-AMIN di beri gelaran..
............................................................
Sampailah masa janji pun tiba..
Di utus Izrail kepada baginda..
Di jemput pulang bertemu yang esa..
Tinggal lah nabi meninggalkan kita...
.............................................................
RMY-ABELITOKJORO..

25 Februari 2010

HANDPOHE

HANDPHONE.(HP)
" Mama.......!! mana peginya handpone .. tadi...? "
tanya abeli pada mama danisya...
"baru je.. letak atas meja komputer ni.. dah lesap dah.. hisss.." marah abeli..
"La... tadi mama tengok ada kat situ... cuba tengok elok-elok...!!.."
Selalu macam tu... letak tempat lain... cari tempat lain... dah nyayok .. la... tu....!! getus mama danisyha.. " adikkk....... !!! ada nampak handphone ayah tak...?? abeli tanya anak abeli yang baru balik dari sek tadika... " tak de ayah ... ayah cll la guna handpone mama... tu nanti dia berbunyi tau la ada kat mana.....!! kata adik... " betul gak... getus hati abeli..."
itu lah cerita rutin abeli kat rumah...
CERITA TENTANG HANDPHONE..
bila sebut HP.. kalau tahun 90an dulu.. pakai HP dah kira mewah.. berduit.. tak pun orang kata kita belagak... tidak sekarang... HP ni di kira.. keperluan. macam keperluan lain.. macam rumah.. kereta motor.... banyak gunanya... lagi pun setiap hari.. syarikat pengeluaran HP berlumba-lumba.. mengeluar kan handphone yang canggih2 mengikut peredaran zaman..tak ter kejar kita... malah HP menjadi keperluan penting bagi penduduk dunia.. sekaligus tercetusnya pesaingan senget pengeluar2 HP dari Amerika syarikat.. Eropah dan Asia ..benarkah Jepun menghasilkan talipon bimbit yang lebih Inivosi..? di mana pada tahun 2020 seorang lelaki jepun tertekan selepas penat berkerja mungkin boleh menenangkan dirinya dengan mengembara merentas masa.. kembali ke beberapa kurun lalu menerusi alam maya untuk bersiar- di bandar tokyo. sambil berjalan di atas jambatan kayu dia boleh berkomunikasi dgn rakan- rakan dan menikmati persekitaran mendamai kan di pergunungan fuji dgn hanya memakai cermin mata 3D yang di pasang bersama HP miliknya.. dan di mana kita boleh membeli minuman ringan di mesin air dgn melekatkan hp pada pad eloktonik di mesin air... CANGGIH KAN... setakat mengekses internet. menghantar email. bermain computer.. menonton televisyen tu sekarang dah ada dah... Antara HP terbaru yang di hasil kan di jepun ialah HP untuk kanak2 F05A dari FUJITSU ia boleh menampilkan aplikasi bunyi amaran yang nyaring.. dan penghantaran email serta merta yang menunjukan lokasi anak-anak mereka...... HEBAT KAN

17 Februari 2010

BERTEMU BLOGGER.. NUN JAUH DI DAMAK

SILA lawati blog CIKGU EEEDA

Salam mesra dan salam selembut bayu dari Puncak Bukit Istana..
dah dua minggu abeli tak update blog.. bukan nya apa.. Abeli biasanya bila ada sessi photografer.. memang sibuk... faham je la.. cuti raya cina 13 -14 hb feb baru-baru ni. ada 4 pengantin call nak kan photorgrafer.. tapi abeli boleh ambil 2.. je 13hb satu job 14 hb satu job .. hari isnin abeli tolak... sbab dah mula kerja balik... 13 hb tu kat kg che awan.. buat photo dan video.. selesai jam 0400 ptg (1600pm ) balik rumah mandi.. settel alat.. bertemankan 2crew RMY ABELI ENTERPRISE ..terus berangkat ke kg damak.. majlis perkahwinan INA & HAFIZ... ina ni dia call abeli masa buat photo kat kg perlok ... dia kata dapat no phone dari kawan baik di cikgu eeeda... abeli tak kenal cikgu eeeda ni... bila tanya balik cikgu eeeda ni kawan adik abeli.. suriani .. rupanya masa sek dulu berkawan baik... Jadi... bila pulang dari sessi photografer "outdoor" kat Taman Rimba Kenong .. petang tu.. berjumpa la dgn cikgu eeeda... sedang tunggu kami di rumah pengantin...dalam dok borak-borak tu.. abeli bagi tau la ..kalau nak tengok gambar ina boleh lah lawati blog "ALBUM PHOTO PENGANTIN-ABELI". rupanya dia blogger juga...hai selain relevan dan djokje ini lah blogger yang ke 3 abeli temui.. terima kasih cikgu eeda.. telah merekemen kawan baiknya untuk memilih abeli sebagai photografer majlis perkahwinan nya... nanti jumpa kat jerantut abeli bagi komesion... agak-agak berapa ek.. nak bagi... tak pun belanja minum .... tak dapat milo... tea o pun ok daaa....

heeee...heee gurau je.....

07 Februari 2010

HANTU IBUSAWAT TELEKOM

SALAM SEJAHTERA BUAT TEMAN BLOGGER YANG DI HORMATI..
HARI ni 07-02-10 AHAD.. sepatutnya hari ni hari off.
Abeli kena berkerja.. staff ada urgent.. tak pe lah dia ada hal hari ni...
mana tau lain kali.. abeli ada hal pulak.. dia pulak ganti tugas abeli...(tolenrasi katakan..)
besok rehat sehari.... biasa gitu la jadual sif TM. kerja 6 hari seminggu off sahari rehat sehari..jadinya 2 hari...cuti dlm seminggu..
tapi apa yang abeli nak ceritakan bukan pasal cuti..
Pasal gambar di atas ni... tadi sambil buka email TM..
rosli mat yasin@tm.com.my ..banyak betul email yang belum di baca.. lebih kurang 40 email dari pengurusan TM.. dan staff Tm...
dalam banyak-banyak email.. ada 3 email abeli terima pegirim nya berlainan.. tapi cerita dan gambar yang sama... tajuk yang sama..
HANTU IBUSAWAT TELEKOM.
Tapi Abeli rasakan semua staff TM seluruh malaysia ada menerima email ni...
sebab apa yang abeli tengok.. alamat email yang di hantar tu..
TO: all staff TM.
Tapi.. bagi Abeli kesahihan gambar tu masih boleh di pertikai...
bagi Abeli yang dah biasa dgn editing photo n video ni menda macam ni kacang je nak buat..guna "ADOBE PHOTOSHOP" tak kira la version berapa.. kita buat teknik "SI" ..
tapikan cerita ni di kalangan anggota TM dah kecoh..
cuba teman blongger amati gambar tu betul-betul..
betul ke gambar hantu tu..
betul ke hantu boleh tengok.. dgn jelas...
atau ada staff TM wanita singgah sembahyang di kabin ibu sawat.. atau gimik staff yang malas berkerja.. atau entah lah tak tercapai akal ku untuk memikirkan nya.. wallauhuaklam.. bissawat ..
P/S jangan taksub dan fanatik cerita tahyul macam ni.. ianya boleh merosakan akidah kita..

06 Februari 2010

" MULUT "

Petang semalam tepat jam 0700 pm.. Abeli tamat tugas di Pemancar RTM Bukit Istana.
Dgn berhemah nya abeli memandu menurun bukit istana seperti hari-hari yang lalu.. melintasi kg melayu.. masjid lama .. bandar lama.. terus belok ke pasar dan memasuki taman pkr 3&4.untuk ke Taman Koperasi.. apabila berhenti di depan rumah.. muncul ANi.. ibu tunggal muda yang berjiran dgn abeli selang 3 buah rumah dari rumah abeli.. ibu tunggal anak 3 tu masih cantik lagi.. menawan mengancam.. maklum lah pengusaha pusat kecantikan di bandar jerantut ni.. dgn tergesa-gesa dia menghampiri lalu... " abeli.. baru balik kerja ke...? ani sakit hati betul la dgn jiran sebelah tu... apa yang dia sakit hati sangat dgn ani.. habis satu taman ni dia ceritakan pasal ani.. dia "bawa MULUT "..rata-rata.." kata ani dgn nada yang marah.. " sabar dulu.. cuba cerita elok-elok.. tak baik .. buruk sangka.. entah-entah bukan dia yang bercerita pasal ani..." kata abeli sambil menenagkan keadaan.. "ani tau la.. abeli.. anak ani yang sulong si hafiz tu.. tba-tiba jadi macam tu.. bercakap sorang-sorang.. tak henti-henti.. dari semalam.. meracau.. menagis.. menyanyi.. sampai ke pagi .. kul 4 pg semalam dia tertidor.. aman sekejap.. bgun pagi tadi.. meracau balik... kita susah bukan nak tolong.. bercerita pulak kat orang.. yang ani sakit hati nya .. dia siap call balai polis bagi tau anak ani meganggu jiran-jiran.. pada hal.. si hafiz tu keluar rumah pun tak.. cuma suara dia la yang bising kedegaran sampai keluar rumah...
getus ani tak puas hati.. " betul ke dia call polis pagi tadi...?" tanya abeli minta kepastian.. tetiba muncul mama danisya kat pintu rumah abeli.. "betul.. ayah..(panggilan manja) mama tengok polis tu datang terus kerumah jiran tu bertanyakan sesuatu. dan anggota polis tu terus ke rumah ani...." sapa mama danisya.. dalam hati abeli bebisik.." ni sorang tak reti nak jaga mulut..." lalu abeli ambil jalan mudah.. "macam ni la ani... ani balik rumah bawa hafiz ke hospital buat medical chek up.. apa keputusan doktor nanti kita bincang apa yang perlu buat tindakan selanjutnya.. k.. pasal jiran yang bawa mulut tu ..ani jangan hiraukan.. kalau dia tak bawa mulut susah juga dia nak makan bila keluar ke mana-mana.." pap...!!!! satu tamparan manja dari ani singgah kat bahu abeli..." orang cakap serius ni.. dia main-main.." kata ani.. abeli jeling kat mama danisya yang masih berdiri kat pintu.." mula nak menggatal la org tua ni...".. abeli menjawab selamba.." biasala bergurau senda... " banyak la dia punya gurau senda..." jawab ani.. "abeli ... tolong cakap kat jiran tu jangan nak sibuk jaga tepi kain orang.. jaga mulut... tu.. kan tak pasal-pasal kena sental dgn lada tumbuk ..baru padan dgn muka..." marah ani lagi.. "sudah la tu... menda kecik ni.. tak payah la nak panjang lebar kan... yang penting kita kena selesaikan hafiz ni dulu..." setelah abeli buat urusan dgn doktor.. dan jumpa ayah hafiz.. allhamdulilah..hafiz semakin pulih.. hafiz sebenarnya tertekan dgn penceraian kedua ibu bapanya...
jadi kita hidup bejiran.. perlu hormat menghormati.. bantu membantu..jangan kita bawa mulut.. hal yang bukan2 antara kita.. kerana..

.........................................................................................................................................................................
MULUT ITU BERBISA DARI SEGALA SENJATA YANG BISA DI DUNIA.

LIRIK LAGU
.....................................
"MULUT"
......................................
Kejadian mulut satu hikmah besar
bagi kita makhluk yang ada otak ada akal
budak lahir tak ada mulut
ibubapa bawak ke hospital
minta doktor tebuk
bimbang takut anak dia lapar......
............................................................................
Tuhan buat mulut..Ada nipis ada tebal
mulut buaya burung tiruk.. tidak sama mulut lembu kerbau
burung serindit macam penyakut..mulut gajah ada belalai
kalau mulut tikus munduk.. lebih kurang dgn bucu bangsal.
................................................................................
Banyak-banyak makhluk..mulut kita yang paling lawa..
belah bawah ada janggut.. belah atas ada misai
boleh buka boleh terkatup.. boleh bercakap boleh mengilai..
mulut menguap kalau mengantuk.. mulut berair kalau lapar..
............................................................................
tugas bibir mulut.. tidak sama jawatan pegawai
kadang macam bulldozer buruk.. kadang macam lori tereller
nasi kerabu pun dia tibuk... laksa penang pun dia gaha..
budu.. tempoyak petai jerok..nasi sepinggang yang tinggal sambal..
.......................................................................................
kalau kerja tak nak pakat.. mulut tak boleh jadi tok penghulu.
minta tangan tolong suap.. suka turut kan nafsu.
perut bodo tolong sumbat.. lubang hidung cium bau
makanan yang sedap-sedap.. bibir mulut la makan dulu..
..............................................................................
perangai-perangai jahat.. mulut jadi tok guru
kadang-kadang mulut mengupat- kadang bawa berita palsu
bini orang pun mulut mengorat..duit orang pun mulut tipu
kalau salah polis tangkap.. puas pukul mulut tak ngaku.
.............................................................................
masa guna mulut.. manusia kena sedar
bisa pada ular senduk.. tajam lebih pada mata pisau
orang berniaga boleh lingkup.. laki bini boleh becerai.
sain sahabat boleh bertumbuk.. masyarakat boleh berkucar.
................................................................................
kelemahan mulut.. kena gigit di semut gatal
jadi bengkak jadi meletop.. macam mulut badak sumtera
kalau cakap karut marut.. mulut masin jadi tawar
tak ubah leger buruk.. tak ada siapa pun nak hirau...
..............................................................................
sekian...

03 Februari 2010

CORETAN buat "RELEVAN & ANUAR ABDUL AZIZ"

C0retan buat uncle
Dari puncak bukit istana ini .. ku kait awan yang belalu di atas ubun-ubun ku..
ku gumpal-gumpal..ku bentuk kan sebuah salam persahabatan buat kamu berdua..
sihat kah dirimu berdua tika dan saat ini...?
doa restu.. agar isteri mu anak-anak mu sentiasa di lindungi ALLAH sentiasa...aminnn.
AKU....!!!
Masih lagi di sini..
berdiri di puncak bukit istana ini.
melayari kenangan yang datang dan pergi mengamit memory..
Relevan......!!!
Kau dimata ku adalah sahabat yang cukup baik..
berjiwa kental..
semangat jitu.
.cintakan tanah air
disebalik ketegasan semangat mu... terselit aura seorang bapa yang penyayang.
kepada puteri-puteri mu yang comel .nakal dan pintar...
Maaf kan aku kerana tidak dapat memenuhi permintaan mu...
aku takut... aku tidak mau peristiwa lama kembali menghantui ku..
perit pedih.. ngilunya masih aku rasai...
UNCLE BLACK MATLIC@ANUAR ABD AZIZ
Kau sahabat yang ku kenali suara mu terdahulu sebelum ku kenali diri mu..
masih kau ingat....!!! di konti dingin RMPhgFM.. pertama kali kita bejabat tangan..
ku seyum pada mu.. di dalam hati ku tersirat bahawa "..oh..matlic nya dj nuar ni..."
Aku juga meyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari mu.. rasanya tidak tercapai akalku. untuk memikirkan betapa sedih dan pilu.. kiranya hajat kamu berdua aku persiakan..
luka lama masih bedarah... Aku tidak mau kehilangan mu.. kehilangan relevan... sebagai mana aku kehilangan dua teman baik ku... beberapa tahun yang lalu.."Begini ceritanya" walau pun kesalahan itu bukan salah ku.. tidak sedetik pun.. jauh di sudut hatiku untuk berdendam dan membencinya.. tapi kenapa mereka mengelak bila bersua dgn ku... mereka berdua ini telah bedusta padaku teramak mereka tidak membayar bil talipon rumah yang mereka guna walaupun. talipon itu mereka guna nama ku...mereka tertunggak 4 bulan seorang.. jumlahnya rm700.00.. sekira aku tidak dapat memenuhi permintaan mu... kau maaf kan aku..
KERANA....
Aku sendiri pun..
tidak dapat memohon talian stremyx percuma notebook tu..
walau pun aku staff TM.. sudah berkhidmat 15 tahun...
KERANA...
Bil tertunggak rm700 belum di jelas kan lagi...
namaku black list...
di persada..TM yang ku sayangi.....
waaaaaaaaaaaaaa.....waaaaaaaaaa......

30 Januari 2010

TAKLIMAT TEAMING WITH PASSION/BROADBAND/OTCS

Assalammualaikom
Pengunjung blog abeli yang di hormati.
semuga semuanya di lindungi allah selalu..pada hari Rabu
27.01.2010 2hari yang lepas. abeli telah menerima email dari pengurusan TM. En.Kamarudin mohd ghani yang bertajuk
TAKLIMAT TEAMING WITH PASSION/BROADBAND/OTCS.
apabila di baca isi kandungan email tersebut Abeli tersenyum lebar sampai kepipi.. waa.. kalau macam ni cukup bagus... nak tau tak kenapa... bila abeli baca lagi email tersebut.. terdapat senarai anggota yang terlibat di wajib kan hadir dalam taklimat tersebut.. terdapat 70 anggota yang terlibat di zone pahang barat.. bila teliti betul-betul.. terdapat 4 anggota dari 8 anggota yang bertugas di Pemancar RTM Bukit Istana.. salah saorang darinya adalah Abeli tersenarai..semakin lebar senyum abeli.. kalau la awek tengok masa tu emboh tergoda...Taklimat bermula pukul 230 ptg di mulakan nyanyian lagu negaraku dan lagu TM kristal kita.. penyampai taklimat tersebut ialah Dato Wan Danial selaku pengurus besarTM Pahang.. panjang lebar lah Dato Wan Danial meyampai kan taklimat. Yang lain lain tu biasa je tentang kerja bila tiba part Dato Wan Danial mengumum kan" TM dengan berbesar hati mengumumkan
"PELANCARAN STREAMYX NOTEBOOK STAFFPACK "
bermula 25 january 2010. Dgn hanya menambah rm10 bagi pakage 36 bulan.
Setiap anggota TM dan anggota anak syarikat TM akan di beri 3 TALIAN STREAMYX DGN PENDAFTARAN PERCUMA (RM80), ACTIVATE FEE PERCUMA (RM75) WIFI MODEM liftime warranty.. STREAMYX ZONE ID.PERCUMA.. selain dari yang tersebut tadi PERCUMA yang paling menariknya setiap satu talian di pasang di beri satu NOTE BOOK DELIVARY (RM1500)percuma.. 3 talian 3 note book... pakage paling minima dgn kelajuan 1mbps 1-3 tahun rm76. kalau tambah rm30 pada permulaan pendaftaran dapat satu broadband celcom... tapi tertakluk pada terma dan syarat.. Abeli garu kepala.."alamak.. rugi la abeli dah pasang kat rumah streamyx.. dgn pakae staff rm40.. kena tambah rm36 dapat NOTEBOOK sebuah.. ada lagi 2 talian... .... Taklimat habis kul 6 ptg.. Balik je kerumah Abeli cerita serba ringkas kat org dapor abeli..MAMA DANISYA " waa ni cukup bagus "" Kebetulan malam tu mama danisya kerja malam .. entah apa yang di cerita kan pada staff wad 4 hospital jerantut.. kul 10 mlm tu abeli terima 5 panggilan hp dari geng MISI mama danisya .. semuanya cakap macam ni kat abeli... "Abeli.... bagi la saya satu talian streamyx tu... daftar atas nama abeli.. nanti saya bagi la duit kopi"... aduss... nak daftar streamyx pun nak kene RASUAH ke... mati aku kena attack kat SPRM kan... mampus... macam mana la kita nak jadi bangsa yang bermaruah di muliakan dan di hormati... Tolong la teman blogger... panass...panas....

27 Januari 2010

TRADISIONAL DI PERTAHANKAN..

PERSATUAN GENDANG SILAT PESAKA GAYONG
DAERAH BERA. NEGERI PAHANG
Assalamualaikom
sahabat blongger yang sudi menjengok
blog Abeli yang "jangan ke tidok" ni.
baru-baru ni abeli sekali lagi di beri kepercayaan
untuk membuat rakaman video majlis perkahwinan
di rumah abg jak di Taman LKNP jerantut..
dalam susana meriah majlis tersebut
abeli tertarik dgn satu persembahan gendang
yang di jemput khas oleh Abg jak
dari Triang ia itukumpulan
"Persatuan Gendang silat pesaka gayong Daerah Bera"
Bera terletak dalam daerah Triang
di mana terdapat satu gugusan felda.. Abeli tak ingat kesemua nama felda tu.. tapi abeli pernah kesemua felda tu untuk kerja-kerja TM.. semasa abeli masih bertugas di Termerloh sekitar tahun 2004-2007.
felda Kumai. Mayam.Purun.Tementi.Sebertak. Bandar32.
Ke semua tempat tu di panggil FELDA GUGUSAN BERA.
Yang abeli respek kat penduduk disini mereka masih lagi mempertahan kan
permainan alat tradisional. dan mngumpul berapa ramai belia menyertai pasukan ini. jadi kita sebagai satu bangsa yang masih kuat dgn adat tradisi.. walaupun tidak terlibat secara langsung. sekurang-kurangya memberi sokongan moral.. berbagai-bagai lagu di dengdangkan oleh kump ini.dari lagu joget tradisional hinggakan ke lagu bollywood.. menarik kan... sekiranya belia kita menanam kan semangat cintakan warisan bangsa.seni tradisional ini tidak kan pupus di telan zaman...
PAK TEH GHAFAR
dari jerantut
sedang mengalunkan
irama tiupan serunai
diiringi paluan gendang.

20 Januari 2010

MASIH ADA MANUSIA SEKEJAM INI...."HATI KERING"

Assalamualaikom.....
Teman bloger yang di hormati..
Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian.. sibuk dgn gambar pengantin yang tak siap-siap lagi.. sempat juga abeli buka email TM.. abeli.. dlm banyak email yang abeli terima dari kakitangan TM.. ada terselit satu email dari staff Tranmission Kuala Lumpur.. email tersebut tak ada apa-apa keterangan atau catitan.. cuma tajuk "HATI KERING" dan. gambar sahaja... bila abeli tengok gambar pertama.. puh.. cantik sungguh dgn pemandangan satu banjaran gunung yang menghijau dan di selaputi awan yang menarik... bila abeli tengok gambar yang ke 2.. terdapat seorang pengembara menaiki motosikal merentasi banjaran yang menghijau.. terasa seronok jika abeli dapat mengembara ketempat tersebut... gambar ke 3.. terdapat orang ramai mengerumuni.. pengembara tersebut...gambar 5.. kelihatan kawanan burung hering berterbangan menuju kearah kumpulan manusia yang megerumuni pengembara tersebut... gambar 6..gambar 7 ..dan seterusnya.. teman blogger...tengok la sendiri... Abeli tak sanggup..atau tak reti nak terangkan.. tengok ye.. jangan tak tengok.... masih ada lagi manusia yang tak bertamadun macam ni.. di zaman siber ni... manusia... manusia... manusia... GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3











01 Januari 2010

Salam sejahtera buat pengunjung blog Abeli .. semuga sentiasa dirahmati Allah jua.. Belum terlambat lagi bagi abeli ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat malaysia.. biasanya bila kita sebut tahun baru teringat kita pasal " AZAM " . Macam tahun yang lepas-lepas.. kita berazam.. pada tahun 2010.. kita berazam lagi.... untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya dari tahun sebelumnya... lebih berdaya saing.. lebik tekun dan kuat beribadat kepada Allah.. maklum lah usia kita bertambah setahun lagi.. kedut di pipi pun semakin jelas terlihat.. kita semakin hampir ke penhujung usia... dulu orang panggil kita abang.. sekarang dah ada yang panggil pakcik..itu lah lumrah perjalanan hidup kita.. sebagai manusia.. yang di jadi kan penciptanya.. dari surga kita ke surga dimana kitakan menempuh neraka.... jadi apa azam kita untuk 2010 agar kita berjaya di dunia dan akhirat... apakah misi kita... apakah visi kita... adak kah masih seperti tahun..tahun yang lalu...

Dalam kita sibuk untuk menyambut tahun baru 2010.. satu fenomena alam berlaku.. di mana gerhana bulan separa berlaku menjelang tahun baru 2010.. Apa makna atau petanda berlakunya fenomena itu hanya allah jua yang maha mengetahui.. Menurut kenyataan JAKIM.. gerhana bulan separa berlaku pada jumaat 01 HB JAN 2010 (15 MUHARAM1431HIJRAH) bermula jam 1.17pagi hingga 528 pagi dan mencapai gerhana tahap maksimum pada jam 324 pagi.. Gerhana dapat di lihat dengan jelas apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari jam 245 pagi hingga gerhana maksimum... itulah info serba ringkas yang abeli dapat.. jadi dua peristiwa belaku pada jumaat 01.01.10 ...
allahuaklam... wassalam

26 Disember 2009

SILA KOMEN SIKIT.. MEMBINA TAU...!!!

GRAFIK PHOTO PERKAHWINAN "Iejan & Sue"
TEMERLOH PAHANG

19 Disember 2009

INIKAH SIKAP BANGSA YANG BERMARUAH


Asalmualaikom teman bloger semua.. dalam kesibukan abeli mejalankan tugas sebagai photografer.. sempat juga abeli update blog untuk tatapan teman semua agar kita dapat mernung sejenak.. tentang sesetengah dari pada masyarakat kita... yang tidak berfikiran waras.. dan tidak terfikir apakah tindakan mereka ini.. mencerminkan kita satu bangsa yang bermaruah..
hari ni 19hb dec 2oo9.. Abeli ke Temerloh " Bandar Ikan Patin " untuk sessi photografer pengantin.. majlis di adakan di sebuah dewan di taman yang agak canggih..dgn berbagai kemudahan terkini dan kebanyakannya penghuninya adalah bangsa melayu... bangsa kita.. yang penuh dengan adab .. lemah lembut.. beropan santun...
Setelah selesai photo shoot sessi besanding dan makan beradap... Abeli mengajak pasangan pengantin bergambar bagi sessi "out door".. kat mana nak buat ni... tetiba abeli ternampak satu taman permainan kanak-kanak di seberang jalan berhampiran dewan tersebut... tanpa segan silu lagi abeli bergerak ke taman tersebut bersama pasangan pengantin.. setibanya di taman permainan tersebut ... terkejut abeli melihat apa yang berlaku pada alat pemainan di situ.. nak tau pa yang terjadi..
LIHAT PHOTO DI BAWAH....



Bagi pengujung blog abeli yang di hormati.. sila beri komen dan pendapat anda bagaimana kita ingin mengatasi vadelisem seperti di atas ini khususnya hak awam....

15 Disember 2009

SIBUK PEPALIH..WEH...

Selamat pemgantin baru
NINI & EDDY
PADA 05hb DEC MAJLIS PERKAHWINAN(kg sempalit raub)
PADA 13hb DEC MAJLIS BERTANDANG....( kg semantan dong raub)
Dalam se minggu ni abeli sibuk amat.. al maklum lah cuti sekolah.. anak yg tinggal cuma 20rg.. 2org anak lelaki.. kat kg tolong pakcik dia jual ikan kat pekan sari dan pasal malam.. 2orang anak pempuan dah lepas ke putrajaya bercuti rumah pakcik dia yang kerja kat kementerian pertanian.
minta tolong edit gambar kahwin tak nak ... mcm-mcm alasan.. toup hset tu selang sahari mintak rm3... tak bagi kan anak.. kita kat studio ni mengelupur.. nak siap kan job.... itu yang bulan 12 ni.. ambil 4 job je x berani nak ambik banyak.. banyak.. mcm bulan 6 dulu... bulan 9 baru settle.. tak daya tadah telinga.. kena sembur dek pengantin.. hari-hari sms.. tanya gambor bile siap...
itu yang sibuk... ni... dulu ada budak kerja part time.. dah pandai dah ambik gambar video.. dah pandai editing video.. tapi dapat kerja kat hospital temerloh... ye.. la.. itu masa depan dia.. pasrah la abeli melepaskanya.. dgn linangan air mata.. nak harap ke anak.. masing-masing belajo lagi...
semalam kul 430 pagi baru.. tido.. bagun pukul 600pg.. lepas solat.. balun apa yang ada..
megadap komputer pulak.. ni la baru dapat rehat ... tu yang up date blog untuk pembaca... kul 245ptg masuk kerja pulak.. masuk kul 300 habis kul 11 mlm.. balik karang ngadap kompuer pulak... tu yang sibuk amat..........
19hb ni kat taman sri kemuning pulak... 20hb kat felda kota gelanggi2... napok gaya nya pikul kamera sorang-sorang la... jawabnya........
itu yang sibuk memanjang.. semua kerja buat sorang... tolong lah....wehhhh.....
ingat nak ajak relevan... partime... di pun sibuk sokmo.. nak gete pun tak sempat.....

Suasana kenduri.

06 Disember 2009

MAT REMPIT.. KAU ORANG KE... PLASTIK..??

MAT REMPIT.. *kau orang ke plastik*
Mat Rempit
Budak nakal hok cari penyakit..bawa motor suka menyelit..
angkat tayar bertungging balik..koner leper masuk dalam parit..
hey....!!!
mat rempit...
motor siapa mu ambik..engine kuat bunyi bertempik...
pulas minyak meter balik...keluar asap bau pahit..
******
budak-budak motor...nampak makin jadi..
malam-malam berlumba...tak ingat ke mati....
bertempik melaung...kadang pakat berjudi..
awek dia gendong..tumpang tayang body...
mat rempit...
berlumba motor kalau dah terbalik..muka comel pun terkoyak kulit..
cuping telinga pun buleh carik..bibir mulut pun buleh rabit...
hey...!!!
mat rempit....
kereta lori dok masuk tubit...silap langkah mu kena jirik..
panggil bomba la.. mari ambik...kutip daging boh dalam supit..
*******
orang larang jangan...awak makin buat.......
angkat kaki tangan... kadang pakat meniarap...
budak comel-comel...lumpuh sepanjang hayat...
kudung kaki tangan...tak boleh kerja buat...
mat rempit...
ramai-ramai puak mu tubit..tak sedar ko asar magrib.....
hingga orang atas masjid...tak kisah nak sembahyang mengatib
hey...
mat rempit....
jpj lamo dak tilik..begitu jugak dgn polis trafik
silap-silap mu dia ambik..bayar denda mu jual itik....
*******
anak minta motor...ayah terus beli....
sampai jual kebun..gadai tanah lagi..
duk ingat ke utung.. rupa kena ke rugi...
anak buat berlumba..tak ingat mengaji....
mat rempit....
langgar orang mu buleh sakit....ayah ibu mu mutar itik..
tak cukup duit dalam beg...jual kebun kelapa sawit....
hey...!!!
mat rempit
kalau betul kau ni budak baik..balik kg tolong tok cik...
tanam terong tanam betik...tok peraih nak datang ambik....
MAT REMPIT... ENGKAU ORANG KE PLASTIK.....